in

Model Dilahirkan Lelaki Menang Pertandingan Ratu Cantik Miss Netherlands

Ratu Cantik Transgender

Seorang wanita transgender telah dinobatkan sebagai Miss Netherlands buat pertama kali dalam sejarah pertandingan ratu cantik dan kini bersedia untuk bertanding merebut mahkota Miss Universe.

Rikkie Valerie Kolle mencipta sejarah selepas dia memenangi pertandingan di negara Belanda itu pada Ahad.

Miss Netherlands baharu itu menerima mahkota daripada pendahulunya Ona Moody dan Miss Universe R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat.

358108124 18302709382096151 7994556613542190815 N

Menurut Daily Mail, peserta berusia 22 tahun itu akan mewakili Belanda pada pertandingan Miss Universe Ke-72 di El Salvador akhir tahun ini, Kolle juga muncul peserta transgender kedua mara ke pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa itu.

Dalam Instagram miliknya, Kolle sangat berbahagia dengan pencapaian dirinya itu dan berterima kasih kepada semua yang mempercayai dirinya.

“Ya saya trans dan saya ingin berkongsi cerita saya tetapi saya juga Rikkie dan itulah yang penting bagi saya. Saya lakukan ini sendiri dan sangat menyukai perjalanannya,” tulisnya.

Sebagai info, Kolle merupakan peserta transgender kedua yang bakal menyertai Miss Universe, yang pertama ialah Angela Ponce dari Sepanyol yang bertanding pada 2018 tetapi gagal mara ke pusingan akhir.

Baca: Atlet Transgender Dilarang Sertai Acara Sukan Wanita – Badan Olahraga Dunia

Atlet Transgender

Sumber: Instagram