in

“Memang tidak patut” – Lelaki Keluarkan Kenyataan Berbaur Perkauman Mohon Maaf, Akui Terlalu Marah

syaz ft 2025 03 10T160240.596 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang berang sehingga mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan di laman media sosial miliknya.

Vijayan Savarinathan sebelum ini memuat naik sebuah video yang menghina agama Islam dan menimbulkan kemarahan netizen.


Artikel berkaitan: Buat Hantaran Hina Agama Islam Berkaitan Isu ‘Ham’, Cecelia Yap Mohon Maaf

Artikel berkaitan: “Tak semua boleh dijadikan lawak” –  Shahrol Shiro Buat Laporan Polis, Dakwa Harith Iskander Hina Agama

Pun begitu, hari ini lelaki tersebut tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang terkesan dengan kenyataannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Malaysia (@utusanonline)

Dalam video tersebut, dia mengakui perkara itu terjadi berikutan rasa marah dengan tindakan penyampai stesen radio yang dikatakan membuat penghinaan terhadap agama Hindu.

“Saya ingin meminta maaf ikhlas daripada hati saya dan saya sedar apa yang saya telah buat dan cakap adalah satu perbuatan yang tidak patut.

Saya buat video tersebut kerana ingin membalas perbuatan mereka , saya jadi marah dan tak boleh tahan kerana bangsa saya dihina tapi itu bukan alasan untuk saya membuat video itu,” katanya.

Sebelum ini, polis mengesahkan sedang memburu seorang pemilik akaun Facebook, Vijayan Savarinathan selepas didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, lelaki berkenaan dipercayai berada di luar negara.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.