Khabar berita mengenai penceraian Mizz Nina dan Noh Salleh telah meraih perhatian ramai netizen, ianya terjawab setelah timbul satu spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka.
Perkara itu diumumkan oleh tuan empunya badan sendiri menerusi Instagram miliknya pada malam tadi dengan mengatakan bahawa mereka berpisah secara baik.
Bagaimanapun, sebelum ia didedahkan kepada umum, timbul satu lagi spekulasi mengatakan bahawa Noh dikhabarkan berlaku curang dengan Mizz Nina.
Dilihat sehingga kini ia menjadi teka teki sehinggalah pengumuman itu dibuat. Susulan dengan spekulasi yang timbul, Mizz Nina ada muat naik satu perkongsian yang seolah-olah ingin memperingati kita untuk tidak membuat sebarang tanggapan buruk.
Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? – Mizz Nina
Dalam perkongsiannya itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman ada muat naik keratan surah Al-Hujuraat (ayat 12) mengenai sikap orang yang suka mengumpat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
https://www.instagram.com/p/Cg3uLS0Bk3g/
Dalam pada itu, Mizz Nina turut membuat satu perkongsian tentang hadis yang berkaitan dengan perbuatan bergossip.
Apapun, sama-samalah kita tunggu respon daripada tuan empunya badan dan hentikanlah membuat sebarang spekulasi jika tiada maklumat yang sahih.