in

Misteri Kematian 6 Pelancong Di Hotel Bangkok, Polis Temui Racun Sianida Dalam Badan Mangsa

Misteri Kematian 6 Pelancong Racun Sianida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar satu insiden di Thailand yang mana enam pelancong warganegara Vietnam ditemui mati di Hotel Grand Hyatt Erawan, Bangkok pada petang semalam.

Mereka menemukan tiga wanita dan tiga lelaki di dalam sebuah bilik hotel, namun tiada tanda-tanda pergelutan dan lebam pada badan mangsa.


Dalam perkembangan terkini, polis Thailand menyimpulkan kematian enam pelancong terbabit adalah satu kes pembunuhan.

Artikel berkaitan: “Tiada sebarang kesan” – Penemuan Mayat 6 Pelancong Dalam Hotel Mewah Di Bangkok Cetus Misteri

Artikel berkaitan: Sararat Rangsiwuthaporn: Pembunuh Bersiri Wanita Pertama Thai, Racun Kawan Sebab Tak Bayar Hutang

Terdapat bekas sianida yang ditemui pada gelas minuman dan bekas air di dalam bilik hotel berkenaan, menurut polis.

Cats 12

Ujian darah enam pelancong itu menunjukkan kehadiran sianida dalam badan kesemua mangsa.

“Kami ingin mengesahkan bahawa salah seorang daripada mangsa yang maut mencetuskan insiden ini menggunakan sianida.

“Kami yakin salah seorang daripada mereka melakukan jenayah itu,” kata Timbalan Komander Penyiasatan di Biro Polis Metropolitan Bangkok, Noppasil Poonsawas.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Chong Sherine, 56 dan Dang Hung Van, 55, yang mana kedua-duanya pemegang pasport Amerika Syarikat.

Empat lagi warga Vietnam ialah Nguyen Thi Phuong Lan, 47; Pham Hong Thanh, 49; Tran Dinh Phu, 37 dan Nguyen Thi Phuong, 46.

Salah seorang daripada enam individu yang ditemui maut, dipercayai mendalangi perbuatan meracuni yang lain.

Temu bual dengan waris mangsa-mangsa mendedahkan terdapat pertikaian mengenai hutang sehingga membawa kepada insiden maut, lapor laman berita VN Express.

Kes ini juga mendapat perhatian Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin yang mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dengan segera dan menyeluruh, serta mengambil alih kawalan situasi bagi memastikan tiada kesan buruk atau bahaya kepada orang awam dan pelancong.

Sumber: Kosmo!

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.