in

“Misi kami aman, dilindungi undang-undang” – Aktivis Brazil Bantah Ancaman Isra*l Halang GSF

syaz ft 2025 10 02T110523.484

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Konvoi antarabangsa Global Sumud Flotilla (GSF) yang cuba menghantar bantuan ke Gaza kini dikerumuni kapal tidak dikenali menghampiri bot-bot mereka malah beberapa aktivis dari Malaysia dan luar negara kini dalam tahanan tentera Israel.

Menurut penganjur, pagi tadi, dua kapal perang Israel datang laju dan mengepung dua bot konvoi iaitu Alma dan Sirius.


Artikel berkaitan: Israel Siap Sedia Halang Kapal GSF, Ini Mungkin Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Semua Aktivis

Artikel berkaitan: Malaysia Akan Bantah Keras Sekiranya Kapal GSF Dipintas – PM

Semua alat navigasi dan komunikasi tiba-tiba rosak, dan salah seorang penganjur di atas kapal, Thiago Ávila menyifatkan ini adalah ‘serangan siber’.

Tular di media sosial sejak semalam, Thiago aktivis dari Brazil dilihat membantah arahan dari tentera Israel yang mengarahkan mereka (konvoi GSF) untuk berpatah balik dan akan dikenakan undang-undang jika ingkar.

Thiago berkata, konvo mereka ini aman dan tidak melanggar undang-undang serta perairan yang mereka lalui itu merupakan perairan antarabangsa, tentera Israel tidak sepatutnya mengeluarkan arahan sebegitu.

Global Sumud Flotilla ialah satu inisiatif kemanusiaan antarabangsa pada pertengahan 2025, terdiri daripada lebih 40 kapal dan kira-kira 500 orang dari lebih 40 negara, yang bertujuan untuk memecahkan sekatan laut ke atas Gaza dan menghantar bantuan langsung.

Misi ini dikendalikan secara damai, membawa sukarelawan, NGO, doktor dan aktivis, dan juga menghadapi pelbagai halangan seperti gangguan komunikasi, serangan dron, dan risiko di zon larangan laut yang diklaim oleh Israel.

 

Sumber: Straits Times, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.