Baru-baru ini, jurusolek terkenal, MUA Bellaz atau nama penuhnya, Nur Nabila Zulyadaini telah menerima kecaman hebat netizen selepas didakwa menjual beg tangan jenama sendiri dengan harga yang agak mahal.
Isu itu telah dibincangkan oleh netizen di Threads, yang mana rata-rata menyatakan harga beg tangan tersebut agak tidak masuk akal dan membandingkannya dengan beg tangan jenama lokal yang lain.

Difahamkan, Bellaz telah menjual beg tangan tersebut dengan harga RM299 di TikTok, walau bagaimanapun harganya berlainan pula di website iaitu RM219 sebuah.

Artikel berkaitan: “Takut penyakit ain” – Peminat Tegur Buat ‘Keychain’ Gambar Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf
Artikel berkaitan: “Dia sekarang MUA first class” – Disebalik Gambar Memes Yang Mengeji, Wanita Cantik Ini Rupanya Ada Background Kehidupan Yang Sedih
“Sedih baca komen dekat Threads semua” – MUA Bellaz
Susulan kecaman yang diterima, Bellaz menerusi satu hantaran di Instagram menjelaskan kepada pengikut mengenai isu harga beg tangan tersebut.
Menurutnya, dia agak kecewa dengan segala kecaman yang dilemparkan netizen terhadapnya dan menjelaskan bahawa harga asal beg berkenaan di website ialah RM220.
Namun akibat beberapa masalah yang dialami di laman web berkenaan, beg tersebut tidak dapat dijual di platform itu dan dia terpaksa menjualnya di TikTok.
View this post on Instagram
Semalam decided okeylah jom release dekat TikTok, tapi ‘habaq’ siap-siap memang harga agak keras sebab kita include cost fee dan sebagainya.
“Cuma siapa yang ada rezeki voucher tinggi semalam bolehlah beli sebab voucher banyak off, RM50-RM80, tapi tak semua yang dapat.
“Tapi Bellaz janji juga untuk release malam tu juga. Harga diberi semalam RM299 di TikTok tapi Bellaz dah cakap kalau dapat RM299 jangan beli kecuali ada dapat voucher banyak bolehlah beli,” katanya.
Kata Bellaz lagi, bersama beg tersebut, pembeli juga akan dapat pouch bag, tali panjang, keychain, kotak dan sebagainya.
Benda memang tak boleh nak jual murah. Kalau Bellaz dapat costing rendah, Bellaz akan jual rendah.
Yang mana komen tak mampu beli lagi, Bellaz doakan satu hari nanti hampa akan dapat beli juga beg idaman masing-masing, InsyaAllah amin,” katanya.
Hasil daripada jualan beg tangan itu juga katanya akan dikongsikan dengan anak-anak kurang berkemampuan bagi bantuan beg, baju dan kasut sekolah.
Rata-rata netizen di ruangan komen memberi kata-kata semangat buat MUA Bellaz agar bersabar dengan dugaan yang menimpa dan semoga perniagaannya berjaya.
