Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa dia telah ditipu oleh sebuah syarikat lori untuk berpindah gara-gara kos bayaran dikatakan berubah pada saat-saat akhir.
Menerusi perkongsian Arissa Chua di Facebook, dia pada awalnya meminta syarikat tersebut menyediakan lori dengan muatan 1 tan untuk mengangkut barang-barang untuk dia berpindah.
Syarikat berkenaan telah memberi ‘quotation’ dan berdasarkan jarak perjalanan serta dua orang pekerja yang disediakan untuk mengangkat barang, Arissa merasakan kos itu sangat murah kerana mereka hanya mengecaj RM250.
“Lori yang datang bukan 1 tan tapi 5 tan”
Agak mengejutkan pada hari kejadian, lori yang datang ke rumahnya bukanlah 1 tan tapi 5 tan!
Saya pelik kenapa mereka datang dengan lori yang saiz berlainan, tapi pemandu itu kata yang lepas ini mereka ada kerja lain yang memerlukan lori bersaiz 5 tan, jadi macam sekali jalan lah,” katanya.
Arissa tidak banyak bertanya, namun tak dia sangka dari sinilah drama bermula. Pihak lori tersebut katanya mula mengangkat barang-barang masuk ke dalam lori.
Menurut mangsa dia tidak ada sebarang perabot, yang ada cumalah sebuah mesin basuh baju bersaiz 9.5kg, cermin vanity, satu meja bar dengan dua kerusi, sebuah tilam bersaiz king dan beberapa barang kecil yang telah dibungkus dalam kotak.
Anda tahu tak? Lepas mereka mengangkat beberapa barang besar, dorang cakap ‘oh muatan untuk 1 tan lori dah penuh. Yang ini je boleh muat’.
“Saya terkejut. Sebab apa yang saya ingat dulu, 1 tan boleh masuk barang lagi tau,” katanya.
Disebabkan dia nak pindah dan sudah berurusan dengan pihak pengurusan serta sebagainya, Arissa redha dengan keadaan.
Walau bagaimanapun bila dia tanya kos bagi lori dua tan, pemandu lori tersebut menjawab,
“Double lah! – dengan berlagaknya yang mana ia akan bernilai RM500 untuk saya bayar.”
“Kalau tak kisah bayar sebanyak itu, proceed”
Terkejut dengan jumlah yang patut dia bayar, Arissa kemudian bertekak dengan pemandu lori tersebut dan berasa ragu-ragu sama ada betul atau tak ruang yang telah digunakan itu untuk 1 atau 2 tan kerana lori berkenaan bersaiz 5 tan.
Situasi itu kemudian berakhir dengan pemandu lori tersebut menurunkan semula barang-barangnya dan pergi dengan begitu sahaja.
Google reviews bagi syarikat itu juga katanya penuh dengan komen yang mengecewakan.
Apa-apapun diharapkan korang kat luar sana siasat dulu dan berhati-hati jika menggunakan servis sebegini untuk berpindah untuk mengelakkan ditipu.