Kalau sebelum ini pernah tular seorang pempengaruh asal Jepun yang masak sup menggunakan cendol, kali ini seorang minah salleh cuba untuk berinovasi masakan Itali dan Melayu.
Masak ‘Spaghetti Sambal Petai’
Dalam video yang dimuat naik oleh Georgia P yang gemar membuat content makanan Malaysia di TikTok telah menyahut cadangan daripada seorang pengikutnya untuk masak speghatti sambal petai.
Ringkas sahaja resipi itu, dia merebus dahulu speghatti dan menyediakan bahan-bahan lain. Kemudian, dia menumis pula bawang holland lalu memasukkan tomato yang telah dipotong serta sambal yang telah dikisar.
Artikel berkaitan: “Melanggar hukum cendol” – Netizen Bingung ‘Influencer’ Jepun Masak Sup Ramen Guna Cendol
Artikel berkaitan: Gara-gara Makan Ikan Tuna Dimasak Dengan Susu Sejat, Satu Keluarga Di Indonesia Keracunan Makanan
Walaupun resipi sambal petai yang sebenar tidak memerlukan tomato, namun mungkin dia mahu hidangan itu ada rasa masam dan tidak terlalu pedas.
Setelah kedua-dua bahan itu sebati, dia memasukkan petai yang telah dipotong ke dalam periuk itu lalu menghidangnya di dalam mangkuk yang sudah diisi speghatti. Dia bagaimanapun memuji menu tersebut sedap dan kena dengan tekaknya.
@simplegreensoul Replying to @zanabhell thanks for the recipe idea! #petai #spaghetti #spaghettisambal #petaispaghetti
Permaisuri Pahang nak try buat!
Rata-rata netizen pelik melihat hidangan tersebut namun Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memuji dan mahu mencuba menu ‘speghatti sambal petai’ tersebut.
Selepas diberitahu siapakah pemilik komen tersebut, Georgia berasa amat teruja kerana disebalik ramai netizen yang menghentam resipi itu, Raja Permaisuri Agong ke-16 itu telah sudi untuk mencuba masakan tersebut.
Wah nampak sedap je min tengok.. memang kena cuba!
Sumber: TikTok