Kalau korang bawa kereta dekat highway korang mesti pernah ternampak mat-mat motor buat aksi superman kan? Stunt begini memang tak asing lagi di jalan raya Malaysia.
Tapi selalunya kita lihat aksi sebegini dilakukan oleh lelaki, jarang kita tengok perempuan yang bawak macam ni. Selalunya, minah rempit ni jadi hiasan je dekat belakang motor.
Mungkin kerana itu, baru-baru ni tular di media sosial bila seorang netizen berjaya merakam video seorang wanita melakukan aksi superman di atas highway.
https://www.facebook.com/357582290930791/videos/815472282227502/?__xts__[0]=68.ARBPGixmr6_xjNXgJoZbyWX22Dnde5nQZ2Jc57B-sPspnmbETa1eiVt00TbQu9XDLA3pnEKEG8l_FBXNdoDp9HbQUIFcdIw4jKkDkYX3HS4Aq5Ls4rIVN78qMW_YKMnBm2jD5gtB33Lykqm8WS1rUBjGkUgs3NrB0bY_Um8fz9W2owPpbI96gqY4cXRzYRqYf9p71-it5iKXRs-x6qCyCUTus9UpusumLW6NW11p0Y8XzNFF-0PrO3kvW0xmucgRmwb0LmHTAnhPYdlpAMACzU2IsBzgw3ZlYmsYT_ZHAk0OzkCI_jrV7sI6DIfHHOJgOG8mvVOLdI3AZOWnh7hhyNYexzQOI9udJxVl1A&__tn__=-R
Menurut Sinar Harian, ekoran tularnya video tersebut, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan untuk mengenal pasti pemilik dan penunggang motosikal tersebut.
Apa yang mengejutkan, gadis di dalam video tersebut adalah seorang pelajar tingkatan lima! Dia telah hadir menyerah diri di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Maran pada 3 Januari lalu.

Tak cukup dengan itu, gadis ini juga didapati tak ada lesen dan motor yang ditunggangnya itu adalah milik pakciknya yang turut datang menemani gadis ini.
Gadis bawah umur ini mengaku dia telah melakukan aksi tersebut dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z pada 1 Januari lalu.
Kalau korang nak tahu, gadis ni dah pun dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,000 dan perlu datang ke mahkamah semula pada 26 Februari untuk laporan akhlak.
Manakala, pakciknya pula telah dikenakan tindakan kerana membenarkan motosikalnya ditunggang penunggang tanpa lesen.
Ha, kan dah tak pasal-pasal. Zaman viral ni, memang susah nak lepas tau bila dah buat salah.
Baca: “Pesakit di hospital sukar tidur kerana Mat Rempit” – Sultan Johor