in

“Mimpi individu berjubah putih suruh peluk Islam”- Lelaki Orang Asli Ini Kongsi Mimpi Sebelum Lafaz Syahadah

Featured 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab itu orang kata hidayah itu milik Allah swt. Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki dari masyarakat Orang Asli, Apa Bengal 71 tahun.


 

“SAYA pernah bermimpi bertemu dengan seseorang berjubah putih yang memberitahu agar memilih agama Islam sebagai jalan terbaik dalam hidup,”

Itu yang dikongsikan Apa dan menjelaskan yang dia sudah mengkaji Agama Islam selama hampir 10 tahun sebelum membuat keputusan untuk memeluk Agama Islam.

Ujarnya sejak awal lagi di sudah terbuka hati dengan Islam tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak, lapor Harian Metro.

1 8 1

“Sudah lama saya mengkaji mana yang baik (tentang Islam) dan saya mendapati agama Islam adalah agama paling minat dan saya memeluk Islam seikhlas hati,”

“Saya banyak bergaul apabila ada program agama Islam dan kerap mendengar ceramah agama.”

“Layanan orang Islam memang bagus menyebabkan saya berminat dan terbuka hati untuk memeluk agama Islam,”

Apa berkata, dia yang berketurunan Semai dan menetap di Kampung Pos Dipang, Kampar sebelum ini memang tidak menganut sebarang agama.

Lebih menyentuh hati, Apa berkata sebelum ini dia memang ada mengamalkan ajaran Islam sedikit demi sedikit.

3 8

“Saya sudah belajar berpuasa dan setiap tahun akan berpuasa sekurang-kurangnya 15 hari dan sekarang selepas memeluk Islam saya akan membuat dengan lebih baik,”

Malah empat dari 15 anaknya sudah pun memeluk Agama Islam.

Dia melafazkan syahadah dipimpin Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Apa merupakan antara 60 Orang Asli yang memeluk Agama Islam pada Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula, Kampung Orang Asli Sri Makmur, Ulu Kinta, semalam.

 

Baca : Diilhamkan Dari Seni Bina Islam Seperti Alhambra, Designer Kongsi Misteri Landskap Putrajaya

Baca 10

Sumber: Harian Metro
Sumber: twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.