Seorang pemain bola keranjang remaja perempuan dari China baru-baru telah menjadi perhatian warganet kerana pemain basketball itu memiliki ketinggian 220 CM!
Memetik laporan Yahoo! Sports, pemain bola keranjang yang dikenali sebagai Zhang Ziyu itu baru sahaja berusia 17 tahun namun ketinggiannya sudah tentu menakutkan lawannya di dalam gelanggang bola keranjang.
Difahamkan, baru-baru ini, Zhang Ziyu telah menyertai kejohanan bola keranjang Piala Asia Bawah 18 mewakili negaranya di Shenzhen.
Ketinggiannya yang luar biasa itu menyebabkan ada peminat sukan yang menyamakannya dengan seorang bekas pemain bola keranjang popular China iaitu Yao Ming yang mempunyai ketinggian 229 cm.
Artikel Berkaitan: Sekarang Dah Besar Dan Tinggi! Ini Wajah Terkini 3 Bayi ‘Song Triplets’ Popular Di Korea Selatan
Artikel berkaitan: “Badminton power, basketball pun power” – Datuk Lee Chong Wei ‘Belanja’ Skill Bola Keranjang Buat Netizen Ternganga
Ketinggian Zhang Ziyu itu menjadi senjata untuk pasukan China mengalahkan pasukan Indonesia dan New Zealand dalam kejohanan bola keranjang Asia bawah 18 itu.
Zhang Ziyu keeps ?????????? the court ?
The Chinese young sensation puts up 36 PTS, 13 REB, 4 BLK and 44 EFF against New Zealand ?#U18AsiaCup pic.twitter.com/AEkPYv4L5l
— FIBA (@FIBA) June 25, 2024
Dalam kejohanan bola keranjang itu, difahamkan, Zhang tidak perlu melompat dengan terlalu kerap untuk membantu pasukannya menjaringkan bola ke dalam gol kerana dirinya sudah tinggi.
Zhang Ziyu is ??? ?
17-year-old center (2,20cm/7'3'') registered 19 points and 7 rebounds on a perfect shooting (9/9) in her FIBA debut ??#U18AsiaCup pic.twitter.com/10XKaDESYL
— FIBA (@FIBA) June 24, 2024
Namun, menurut Zhang, meskipun dia dapat menggapai jaring dengan mudah dengan ketinggiannya yang luar biasa berbanding pemain lain, namun dia turut merendah diri kerana mengatakan dia tetap perlu belajar dengan lebih banyak lagi untuk mengasah kemahirannya dalam bidang sukan tersebut.
Sumber: Yahoo! Sports