Beberapa hari lepas, telah tular berita mengenai seorang influencer TikTok yang didakwa berlaku curang kepada isterinya. Individu terbabit dikatakan telah menjalinkan hubungan terlarang bersama staffnya.
Susulan kejadian tersebut, pelakon dan pengarah terkenal, Michael Ang telah tampil untuk menyuarakan pendapatnya terhadap tindakan yang diambil oleh influencer berkenaan.
Selain itu, Michael Ang turut meluahkan rasa berang terhadap individu berkenaan yang sanggup mengugut menyebarkan video lucah isterinya sendiri.
“Tapi most disturbing and tak masuk akal dalam kes ni to me ialah bini dia sendiri. Kalau ada report polis on this I think pihak polis have to investigate this seriously,” jelasnya.
Sarankan buat laporan polis
Menurut Michael Ang, tindakan influencer terbabit mengugut menyebarkan video lucahnya adalah salah dan jika benar, perkara tersebut harus disiasat serta diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
https://www.instagram.com/p/Cp1gtTuvH0W/
Difahamkan, influencer terbabit diperkatakan telah merakam isterinya ketika melakukan hubungan intim semasa berada di bawah pengaruh dadah.
Selain itu, Michael Ang turut menggesa agar laporan dibuat kepada pihak polis agar tindakan lanjut dapat diambil terhadap influencer berkenaan.
“Setuju sangat tu, sebab manusia macam ni lah namanya sy*it*n bertopengkan manusia” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Michael Ang yang menyelar tindakan individu terbabit yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan.
Hmm korang setuju tak dengan pendapat Michael Ang ni?
Sumber : Instagram (@michaelang38)
Baca : “Niat anda tak betul” – Adam Corrie Tegur TikToker Guna Agama Untuk Kepentingan Diri