in

Mia Zapata: Misteri Pembunuhan Vokalis Band Punk Tahun 1993, Lepas 10 Tahun Baru Dapat Tangkap Pembunuh

Mia Katherine Zapata E1648958252196

Pada awal tahun 1990an, revolusi musik punk dan rock menapak di Seattle, Washington. Pelbagai band dan ramai peminat muzik itu sanggup travel ke Seattle untuk tonton konsert di sana.

Namun, suatu hari mereka dikejutkan dengan penemuan satu mayat perempuan di tepi jalan raya pada jam 3 pagi dekat kawasan sunyi. Selepas proses pengecaman, mayat itu disahkan adalah vokalis band rock terkenal The Gits, Mia Zapata.

Gitss
sumber: the seattle times

 

Siapa Mia Zapata?

Mia1
sumber: google

Dilahirkan pada 25 Ogos 1965 dan berusia 27 tahun ketika mayatnya ditemui seorang pejalan kaki pada 7 Julai 1993. Menurut laporan, ketika itu nama The Gits sedang meningkat naik namun malangnya peminat dikejutkan dengan kematian Mia Katherina Zapata.

 

Baru dibunuh ketika ditemui

Badan Mia masih panas ketika ditemui menandakan dia baru sahaja dibunuh. Menurut rakannya, pada malam kejadian Mia telah pergi ke sebuah bar sebelum singgah ke apartmen rakan berdekatan kawasan itu.

Mia5
sumber: google
Mia11
sumber: netlix

Pada jam 2 pagi, Mia keluar dan pulang. Dikenali dengan sikap yang suka berjalan, Mia mengambil keputusan untuk tidak menaiki teksi.

 

Kesan cekik di leher, jadi mangsa pemujaan?

Menurut polis dan forensik, Mia telah dicekik hingga mati menggunakan tali pintal dari sweatshirt tertera nama band, The Gits.

Mia10
sumber: netflix

Dek kerana keadaan mayatnya seperti menunjukkan bentuk salib ketika ditemui, sangkaan awal pihak polis adalah Mia telah menjadi mangsa pemujaan. Apatah lagi, di seberang jalan tempat mayatnya ditemui adalah sebuah gereka Katolik.

 

Ada bukti air liur untuk DNA tapi…

Selepas proses bedah siasat, forensik mengesahkan Mia telah dipukul, dicekik dan diserang secara seksual oleh suspek. Keadaan Mia sangat teruk sehinggakan forensik berkata dia tetap akan mati walaupun pembunuh itu tak cekik dia.

Mia12
sumber: netlix

Mereka juga memaklumkan terdapat kesan gigitan di payudara Mia dan air liur telah dikesan pada kesan itu. Malangnya, sample air liur itu terlalu sedikit untuk digunakan membuat ujian DNA. Namun, penganalisa DNA membuat keputusan untuk simpan sample itu.

 

Suspek utama: Teman lelaki 

Tiada bukti forensik lain yang ditemui dan tiada saksi kejadian membuatkan pihak berkuasa buntu untuk mencari pembunuh Mia.

Satu-satunya orang yang menjadi suspek ketika itu adalah bekas teman lelakinya, Robert. Mereka dikatakan broke up sebelum Mia dijumpai mati namun Robert disahkan tidak ada kena mengena dengan kematian bekas kekasihnya itu.

Mia14
sumber: netflix

 

Kes tergantung 9 tahun, pembunuh tak dapat dikesan

Selama 9 tahun, kes pembunuhan Mia tidak berjaya diselesaikan dan pembunuh tidak dapat dikesan pihak berkuasa. Sehinggalah pada tahun 2001 polis berjaya menggunakan satu alat dipanggil Polymerase Chain Reaction yang membolehkan ujian DNA dilakukan meskipun sample terlalu sikit.

 

Dah buat ujian DNA, tetap tak jumpa…

Selepas ujian DNA keluar, pihak berkuasa menggunakan sistem pengesan untuk mencari jika DNA itu sepadan dengan mana-mana individu. Meskipun sudah membuat pencarian melalui sistem CODIS, tiada individu yang dijumpai sepadan dengan DNA yang diuji itu. Sekali lagi, kes pembunuhan Mia tergantung…

Mia8
sumber: netflix

 

12 bulan kemudian, akhirnya…

Selepas 12 bulan sistem itu melakukan pencarian siang dan malam, akhirnya seorang individu didapati mempunyai DNA yang sepadan dengan air liur dijumpai pada payudara Mia.

DNA itu disahkan dari Jesus Mezquia, rakyat yang telah dibuang oleh negara Cuba dan menetap di Florida. Jesus juga dikatakan seorang penjenayah yang kejam dan baru sahaja dibebaskan dari penjara.

Jesus 1
sumber: google

 

Kes selesai selepas 11 tahun pembunuhan Mia

Selepas proses pembicaraan, pada tahun 2004 Jesus didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 36 tahun. Menurut penyiasat, Jesus pernah tinggal di sebuah rumah yang terletak 3 blok dari tempat dia buang mayat Mia.

Ketika kejadian, mereka percaya Jesus memandu tanpa arah di sepanjang jalan dekat Seattle dan ternampak Mia sedang berjalan kaki seorang diri. Mia ketika itu memakai headphone dan memasang lagu dengan suara yang kuat menyebabkan dia tidak dengar kereta dipandu Jesus sedang mendekatinya.

Jesus kemudian culik Mia dan bawa ke tempat sunyi sebelum merogol dan mencekiknya hingga mati. Dia kemudian memandu ke tempat lain dan membuang mayat Mia di tepi jalan.

Mia4
sumber: discogs
Mia7
sumber: google

Sumber: Netflix, Fandom, RollingStone.

Lamanya nak selesai, tapi at least pembunuh tu berjaya dihukum!

Baca: “Air liur mangsa diminum..beri lebih kuasa” – Ahmad Suradji, Dukun Pembunuh Jadikan Gadis Sunti Sebagai Korban

Ahmad6