in

“Air liur mangsa diminum..beri lebih kuasa” – Ahmad Suradji, Dukun Pembunuh Jadikan Gadis Sunti Sebagai Korban

Ahmad6

Kalau di Malaysia ni ramai yang tahu tentang lagenda dukun terkenal Mona Fandy yang pernah menggemparkan Malaysia pada sekitar 1993 hingga tahun 2001 sebelum pihak Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Namun begitu, sebenarnya selang beberapa tahun dari kes ini, ada satu lagi kisah dukun pembunuh di negara seberang. Ahmad Suradji, dukun pembunuh yang mengorbankan 40 orang gadis untuk menambahkan kuasanya.

Misinya untuk cukupkan sampai 70 orang mangsa korban terkandas apabila modus operandinya itu diberkas pada tahun 1997. Ini kronologi dari Naufal Antezem.

 

“Mangsa ditanam sehingga paras pinggang sebelum dijerut sehingga mati. Kemudian air liur mangsa diminum sebelum dibiarkan mereput sebelum ditanam di ladang tebu”

Ahmad4
Sumber : google image

Kegiatan itu mula terbongkan apabila Ahmad Suradji ditahan bagi membantu siasatan atas penemuan mayat seorang gadis di ladang tebu berhampiran rumahnya.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertanam sehingga paras pinggang. Dilaporkan mayat gadis malang itu berusia 21 tahun. Ia ditemui oleh seorang lelaki yang berada di ladang tersebut pada 27 April 1997.

Dikatakan, gadis tersebut ke rumah Suradji untuk tujuan peribadi. Suradji yang lebih dikenali sebagai Datuk merupakan seorang bomoh yang terkenal dengan kehandalannya untuk ‘berubat’

Jadi dukun dari Medan ini gunakan kesempatan itu untuk ‘umpan’ mangsa.

3 hari sebelum kejadian(24 April 1997), saksi yang merupakan penunggang beca berusia 14 tahun menceritakan mangsa yang dikenali sebagai Dewi ada menggunakan becanya untuk kerumah Datuk tu, dia minta agar kehadirannya ke rumah dukun itu dirahsiakan dan tak perlu jemput semula.

Pihak polis kemudiannya bergegas ke rumah Suradji bagi tujuan siasatan. Suradji menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan tersebut.

Bermacam-macam helah diberikan sehinggalah pihak polis berjaya menemui beg tangan, kosmetik dan beberapa lagi barang peribadi yang berhubung kait dengan mangsa tersebut. 

 

Mengaku bunuh mangsa, Dewi bukan satu-satunya korban

Ahmad
Sumber : google image

Urusan polis untuk menyelesaikan kes ini amat mudah sebab Suradji sendiri bagi kerjasama, dia mengaku yang dialah yang tanam, jerut dan biarkan mayat Dewi mereput di ladang tebu. 

Tapi ada yang lebih mengejutkan pihak polis.

Dia juga mengaku yang Dewi bukan satu-satunya mangsa korbannya, ada lebih daripada 40 orang gadis yang dibunuh atas tujuan yang sama.

Bukan sahaja gadis sunti, isteri orang pun ada mangsa semua dalam lingkungan 17 hingga 40 tahun!

 

Mula kegiatan korban gadis pada tahun 1986 sebab…

Ahmad Suradjibanner
Sumber : twitter

Jenayah pertama bermula pada tahun 1986 dan sehinggalah Dewi mangsa terakhirnya pada tahun 1997.

Dalam tempoh 11 tahun, selepas usaha mengesan mayat-mayat yang lain, terdapat 42 mangsa kesemuanya. Ada yang dah reput teruk sehingga sukar dikenalpasti.

Dalang kes pembunuhan ni bukan Suradji seorang je. Ada lagi seorang pengembala lembu dengan tiga orang isterinya. Ketiga-tiga isteri dia tu adik -beradik!

Mereka ditahan atas kesalahan membantu pembunuhan dan menanam mayat mangsa. Tapi apa sebab dia buat macam tu? Kenapa kena gadis? Apa tujuannya?

Dia buat macam tu sebab dia telah bermimpi roh ayahnya sekitar tahun 1986. Dalam mimpi tersebut, ayahnya telah meninggalkan pesanan buatnya untuk menjadi seorang pengamal sihir yg hebat, haruslah mengikut syarat yang ditetapkan

Apa syaratnya?

 

Kena minum air liur 70 orang gadis untuk jadi bomoh handal

Ahmad2
Sumber : google image

Syaratnya adalah untuk minum air liur gadis seramai 70 orang bagi memastikan dia dapat menjadi bomoh handalan yang mampu menyembuhkan bermacam jenis penyakit. Suradji mengambil mimpi tersebut sebagai amanah yang perlu dilaksanakan.

Apabila ditanya adakah dia diarahkan untuk membunuh mangsa-mangsanya dalam mimpi, Suradji maklumkan tiada.

Membunuh adalah usahanya sendiri bagi mempercepatkan proses. Namun begitu, ada cara unik dan tersendiri bagi Suradji untuk membunuh mangsa-mangsanya.

 

Umpan mangsa boleh dapat pengabdian dewa

Ahmad5
Sumber : google image

Mangsa akan ‘dibingungkan’ dahulu sebelum lubang digali di ladang tebu tersebut. Kemudian mangsa diminta masuk ke dalam lubang tersebut sebelum ditimbus semula sehingga paras pinggang.

Kedudukan badan dan kepala mangsa mestilah menghadap rumah Suradji. Mangsa kemudiannya dijanjikan penyatuan dan pengabdian diri kepada dewa sebelum dijerut dengan kabel sehingga mati.

Kenapa kena jerut?

Cara jerutan dipilih demi memudahkan tugas Suradji minum air liur mangsa yang lidahnya terjelir ketika dijerut. Air liur yg keluar akan segera diminum ketika menjerut.

Selepas itu mayat mangsa akan dibiarkan selama beberapa hari dalam keadaan tidak berpakaian. Apabila sudah hampir reput, barulah ditanam, juga dihadapkan mayat kepada rumahnya bagi memberi lebih kuasa menurutnya

 

Dijatuhkan hukuman tembak sampai mati tahun 2008

The Serial Killers Of The Last Century
Sumber : google image

Dalam keterangan saksi di mahkamah, seorang saksi berusia 8 tahun telah beri keterangan bahawa dia bersama-sama ibunya ke rumah Suradji kerana ibunya ingin dapatkan rawatan.

Namun kanak-kanak tersebut diminta pulang sendiri oleh Suradji kerana ibunya perlu bermalam di situ

Selepas dibicarakan dan ke semua bahan bukti dikemukakan dan kesemuanya sangat kuat, maka pada 10 Julai 2008, Ahmad Suradji dijatuhkan hukuman mati. Ahmad Suradji ditembak sehingga mati (hukuman mati Indonesia).

 

Baca : “Tu rumah pakcik blok depan tu, bini dia nampak Mona Fendy keluar tandas pergi dapur…..”

Mona