Sejak Selasa lalu, hangat diperkatakan di ruangan media sosial susulan pendedahan video influencer Indonesia, Cut Intan Nabila yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, Armor Toreador.
Video itu merakamkan pertengkaran antara pasangan itu dan memaparkan Cut Intan dipukul beberapa kali walaupun dia merayu agar dihentikan. Armor ditahan di sebuah hotel beberapa jam selepas Cut Intan membuat laporan polis.
Artikel berkaitan: “Ini bukan kali pertama” – Anak Masih Bayi Ditendang, Influencer Indonesia ‘Expose’ Suami Kaki Pukul
Wartawan tunjal kepala Armor
Semalam, Armor yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke sebuah sidang media khas berhubung jenayah yang dilakukan. Sidang media itu dihadiri oleh ramai petugas media yang sedang membuat liputan mengenai kes tersebut.
Bagaimanapun, berlaku satu insiden yang tidak diduga selepas sidang media dilakukan apabila seorang wartawan yang sedang mengambil gambar dari jarak dekat mengambil kesempatan menunjal kepala Armor sebelum beredar.
Ini vidionya ges pic.twitter.com/0xtZRITm3v
— Kegoblogan.Unfaedah (@kegblgnunfaedh) August 14, 2024
Dapat dilihat, polis yang membawa suspek tergelak kecil sebelum menghalang wartawan terbabit daripada melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.
Video terbabit telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya seperti berpuas hati melihat situasi itu walaupun perbuatan wartawan terbabit sebenarnya salah.
Menurut pihak polis, Armor mengaku memukul isterinya hanya disebabkan terkantoi menonton video lucah.