in

MetMalaysia Ramal Hujan Dan Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Pada Hari Raya Aidilfitri

hujan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya Hari Raya pertama yang bakal disambut esok mungkin tidak ‘secerah’ yang diharapkan. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda kebanyakan negeri di seluruh negara.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan bahawa cuaca buruk dijangka bermula seawal pagi di beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta kawasan Sarikei dan Mukah di Sarawak.


Keadaan ini dijangka berlarutan ke waktu petang, membabitkan negeri-negeri di utara dan pantai timur Semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Beberapa kawasan di timur Johor, serta bahagian Kapit dan Miri di Sarawak turut dijangka terkesan, termasuk juga kawasan Sandakan, Tawau dan Kudat di Sabah.

Menjelang malam, Pahang dan Tawau di Sabah pula diramal mengalami cuaca serupa.

Artikel berkaitan: Tanah Runtuh Hanya 100 Meter Dari Rumah, Sharifah Shahirah Tak Tenang Setiap Kali Musim Hujan

Artikel berkaitan: Wanita Sebak Penghantar OKU Sanggup Redah Hujan Hantar Pesanan, Beri Tips RM300

hujannn223 1630660485
MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda kebanyakan negeri di seluruh negara. – GAMBAR HIASAN

Untuk Hari Raya kedua, situasi hampir sama dijangka berulang, apabila hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku pada sebelah pagi di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan kawasan barat Johor.

Cuaca buruk kemudian dijangka berterusan ke sebelah petang di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor serta beberapa kawasan di Sabah. Menjelang malam, Terengganu, Pahang serta kawasan Sandakan dan Tawau di Sabah pula dijangka dilanda ribut petir.

Namun begitu, MetMalaysia menjelaskan bahawa beberapa negeri lain dijangka tidak mengalami hujan atau ribut dalam tempoh tersebut. Tambahan pula, tiada sebarang amaran cuaca berbahaya atau amaran waspada dikeluarkan setakat ini.

Menurut MetMalaysia lagi, negara kini berada dalam fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga Mei, sebelum memasuki Monsun Barat Daya.

Fasa peralihan ini lazimnya dicirikan dengan hujan lebat dan ribut petir pada waktu petang hingga awal malam, terutama di kawasan barat Semenanjung serta pedalaman Sabah dan Sarawak.

Justeru, bagi yang merancang untuk beraya dari rumah ke rumah, adalah dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan payung atau baju hujan.

Elakkan juga melalui kawasan yang sering dilanda banjir, dan pastikan pemanduan dilakukan dengan cermat demi keselamatan bersama.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.