in

“Mesti lari tak ckup tanah” – Pemilik Kebun Durian Guna Khidmat ‘Pocong’ Untuk Halau Pencuri

Featured Image 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang merupakan musim durian, jadi permintaan raja buah tersebut sangat tinggi sehingga ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk buah yang berkualiti dan sedap. Terutama musang king memang mahal…


Disebabkan nilainya yang mahal ini, ada individu yang sanggup mencuri buah tersebut demi mendapatkan keuntungan dengan cara yang mudah.

Mungkin kerana sudah penat hasil buahnya dicuri, seorang pemilik kebun durian nekad meletakkan ‘pocong’ di kebunnya, lapor Berita Harian.

Kebun4

Menurut Rosman Budiman, pemilik kebun di Kampung Tengah, Segamat, Johor itu, dia menggunakan pocong tersebut untuk menghalau pencuri daripada mencuri hasil titik peluhnya.

Tambahnya lagi, dia bukanlah pengamal ilmu hitam sebaliknya pocong yang diletakkan itu hanyalah patung yang diperbuat dari kotak dan kain putih.

Dua pocong dewasa dibentuk daripada kotak kertas setinggi 1.5 meter dan seberat 450 gram dibalut kain putih itu, berjaya mengurangkan kehilangan buahan itu membabitkan 10 pokok duriannya musim ini.” – Rosman Budiman

Katanya, idea ini tercetus selepas dia sendiri mengalami situasi misteri iaitu disapa makhluk halus yang memanggil namanya. Tapi dia buat tak endah je benda tu.

Kebun2

Untuk menambahkan lagi efek seram itu, dia turut membakar gaharu setiap petang. Malah ujarnya, kadang-kadang dia sendiri yang rasa seram bila tengok pocong dengan bau itu.

Kos penyediaan replika pocong itu termasuk gaharu dan kertas pelekat hanya RM8,” – Rosman Budiman.

Sebelum ini, pemilik kebun itu sudah menggunakan teknik patung harimau. Tapi pencuri buah tersebut bukan curi buah je, malah dengan patung sekali dia angkut.

Mungkin, anda yang berkebun di luar sana boleh guna teknik ni. Kos tak mahal pun…

 

Baca: “Nak bagi semua duduk rumah!” – Pakai ‘Full Set’ Macam Pocong, Tunggu Depan Kampung Tak Bagi Penduduk Keluar/Masuk

Annotation 2020 06 19 104205

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.