Cuba bayangkan kalau korang tiba-tiba terjumpa sebuah mesin ATM semasa mendaki gunung? Bukan mesin ATM rosak tau tapi yang still functional!
Didirikan pada tahun 2016 oleh Bank Nasional Pakistan (NBP) pada tahun 2016, mesin ATM janaan tenaga solar dan angin itu telah mendapat pengiktirafan Guinness World Records sebagai mesin ATM paling tinggi di dunia dengan kedudukan altitud 4,693 meter.
Terletak di antara sempadan China dan Pakistan, mesin ATM ini difahamkan mengambil masa empat bulan untuk didirikan. Mesin ini dibina di kawasan yang betul-betul terpencil dengan jarak antara bank terdekat adalah sejauh 82 kilometer.
Selain itu, mana-mana technician yang dihantar untuk menyelenggara mesin ATM ini juga perlu berdepan cabaran seperti tanah runtuh, angin kuat dan jalan gunung yang berbahaya.
Untuk rekod, masa yang diambil untuk sampai ke lokasi mesin ini sekiranya berlaku hal kecemasan pula adalah antara dua hingga dua jam setengah.
Walaupun dengan pelbagai cabaran selain jumlah transaksinya yang rendah jika hendak dibandingkan dengan mesin ATM di kawasan sibuk, pihak NBP berkata mereka akan berusaha untuk sentiasa menyelenggara mesin terbabit agar ia boleh digunakan.
“Dengar macam menyusahkan, tapi ATM nilah satu-satunya cara mereka yang tinggal di kawasan ni nak keluarkan gaji dan pindahkan wang untuk keluarga,” kata jurucakap NBP.
Sumber: Oddity Central, Guinness World Records
Baca: [VIDEO] Kad ATM Tercicir, ‘Pencuri’ Beli ‘Skincare’ Sampai Licin Duit Dalam Akaun