in

Mesej WhatsApp Dengan Ebit Lew Dipadam, Gagal Diperoleh Semula – Saksi

syaz ft 2025 01 17T111925.932

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah selebriti Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew masih berjalan.

Terbaru,seorang saksi dalam perbicaraan itu memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa mesej melalui WhatsApp antara pengadu dan pendakwah bebas itu yang telah dipadam, tidak dapat diperoleh semula.


Artikel berkaitan: “Dia cerita tentang macam mana layanan dengan isteri & sebenarnya dia mahukan” –  Saksi Kes Ebit Lew

Artikel berkaitan: “Saya bukan rela” –  Saksi Perjelas Dia Didesak Ebit Lew Untuk Tayang Gambar P*y*dara

050924 Sbh CT Ebit Paksaan

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Divisyen, Perkhidmatan Teknologi Responsif CyberSecurity Malaysia Mohd Zabri Adil Talib, 45, selaku saksi ke-15 mengakui telah melakukan analisis terhadap dua kad sim milik pengadu dan satu milik Lew menggunakan perisian khas.

“Saya maksudkan tidak dapat peroleh mesej yang telah dipadam merujuk kepada semua nombor… Sekiranya mesej WhatsApp telah dipadam, ia tidak dapat dikesan semula kerana kekangan teknologi yang ada pada masa kini,” katanya.

Selaku individu yang mengesahkan laporan digital forensik kes berkenaan, Mohd Zabri berkata pemeriksaan itu juga hanya dapat dilakukan terhadap telefon bimbit milik pengadu kerana telefon bimbit Lew tidak mempunyai aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata hanya jumlah perbualan telefon melalui WhatsApp dapat dikesan daripada telefon bimbit pengadu.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung pada 11 hingga 14 Mac depan.

Sumber: Harian Metro

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.