in

“Merepek & tak beretika!” – Sheila Majid Sekolahkan ‘Reseller’ Tiket Coldplay

sheila majid coldplay 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial hari ini berkenaan penjualan tiket kumpulan muzik terbesar dunia Coldplay yang bakal membuat konsert jelajahnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Penjualan tiketnya itu habis dijual hanya dalam masa beberapa jam dan ramai yang hampa tidak dapat membeli tiket pelantun lagu Viva La Vida itu.


Ramai netizen berkongsi ‘kemenangan’ mereka dalam membeli tiket kumpulan dari United Kingdom itu namun ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk membeli tiket itu dan menjual semula pada kadar yang lebih tinggi.

Perkara itu menimbulkan kemarahan ramai termasuklah penyanyi jazz terkenal Malaysia, Dato’ Sheila Majid.

Menerusi Instagram miliknya, Dato’ Sheila Majid meluahkan rasa marahnya dengan memanggil tindakan reseller tiket ini sebagai merepek dan tidak beretika.

cats 45

Malah, penyanyi lagu Sinaran itu turut berkata jika beliau mempunyai wang yang mencukupi beliau masih tidak akan membeli dari reseller berkenaan dan lebih baik jika beliau membeli tiket konsert Coldplay itu di luar negara.

Sheila menerusi IG Story turut berkata, ia bukanlah cara yang betul untuk mendapat pendapatan lebih sebaliknya ia hanyalah sekadar mengambil kesempatan terhadap orang lain.

cats 46

Ha kan Dato’ Sheila Majid dah marah, janganlah susahkan orang lain…

Baca: Sanggup Bawa Laptop Masuk ‘Toilet’, Khairul Aming Gigih ‘Que’ Untuk Tiket Coldplay

Ft Khairul Aming Toilet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.