Siapa je tak terkejut bila masak sesuatu, tiba-tiba rupa masakan tu menjadi pelik.
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video tentang seorang wanita yang menceritakan kisah seram yang terjadi ketika dia dan ibu sedang memasak kuetiau goreng di dapur.
Kuetiau bertukar hitam kehijauan
Pada mulanya, adik ipar kepada wanita tersebut mahu datang ke rumah dan dia minta untuk mereka masakkan kuetiau goreng. Nak dipendekkan cerita, ketika ibunya memasak hidangan tersebut di dapur tiba-tiba kuetiau di dalam kuali bertukar menjadi warna hitam dan nampak sangat meloyakan.
Tiba-tiba dia berubah jadi warna macam ni. Rasa ralat menung depan kuaali tu sekejap. Apasal jadi macam.. dalam hati dan berzikir terkumat-kamit. Demi Allah ni bukan reka-reka ke nak viral. Tak. Sebab umi suka memasak dan jamu sesiapa jer yang datang rumah.
Terkejut dengan kejadian itu, dia terus mematikan api dapur lalu tunjuk rupa kuetiau tersebut kepada suaminya.
Terus tutup api pergi ruang tamu panggil husband tunjuk.. lepas tu terus dia cakap jangan makan, jangan rasa, jangan usik! Buang terus.
Masak pukul 7 lebih, nak dekat maghrib
Ketika kejadian itu berlaku, dapur pintu rumah tidak ditutup kerana mahu keluarkan asap tumis masakan tersebut. Hidangan itu juga dimasak sekitar jam 7 malam dan hampir masuk waktu maghrib.
Masa tu umi masak pukul 7 lebih camtu dah nak maghrib pun. Pintu belakang dapur sebelah tempat masak umi buka sebab nak bagi asap tumis tu keluar. Tapi lepas jadi gini, terus tutup pintu.
Selepas masakan tersebut dibuang, ibunya masak semula kuetiau goreng yang baru dan rupa hidangan itu nampak normal seperti kuetiau goreng biasa.
Ni kuetiau kedua umi masak, masa masak ni umi baca ayat kursi semua ayat baca. ya Allah takut betul jadi hitam tiba-tiba first time jadi. Adik ipar cakap mungkin terlebih kicap kot, yang mertua umi cakap ada letak paru ke? Mana ada letak.. paru pun aku tak makan. Last-last mak aku cakap takpe abaikan.. maafkan je sesiapa yang ‘hantar’ tu.
@ummiaulianaqi maaf..umi betui2 nak tahu.. ibu² SURIRUMAH pernah tak korng masak keow teow tibe2 jadi warna hitam² khijauan cmni..? 34 tahun hidup FIRSTIME tgok kejadian keow goreng yg sendiri masak jadi HITAM legam cmni..selalu elok jer sedap jer aku masak.. MashAllah trauma terus..? #surirumah #surirumahsepenuhmasa #kejadiananeh #kejadiantakterduga
Ramai netizen di ruangan komen terkejut melihat rupa kuetiau tersebut. Ada yang kata wanita tersebut mungkin terkena tempias santau orang lain namun dia hanya mahu bersangka baik.
Seram sejuk min baca cerita ni.. harap akak dengan family sentiasa dilindungi.
Sumber: TikTok