Pempengaruh popular, Ryan Bakery sememangnya sudah sinonim sebagai pencipta kandungan yang sering membawa isu berkaitan ragam masyarakat yang pasti membuatkan ramai geli hati.
Baru-baru ini, Ryan memuat naik sebuah video mengenai ragam petugas kesihatan yang menjaga kaunter pendaftaran di klinik. Video tersebut telah meraih lebih tujuh juta tontonan di aplikasi TikTok.
Bagaimanapun, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmmi Bakery mendedahkan ada segelintir pihak yang kurang senang dengan video terbabit.
@ryanbakery
Memetik sumber Gempak, Ryan memaklumkan ramai yang memarahinya memuat naik konten sebegitu sehingga ada yang DM menegurnya.
“Saya rasa, mungkin mereka dari kalangan yang terasa. Memang dari dahulu lagi saya selalu membuat video tentang ragam masyarakat.
“Bila saya buat video tersebut, bukan bermakna saya nak hentam sektor kesihatan. Habis tu, kalau saya buat konten mengenai peniaga, itu bermakna saya jatuhkan peniaga juga ke? Tidak,” katanya.
Jelasnya, video tersebut merupakan pengalamannya berjumpa dengan orang dan hanya dijadikan konten sebagai hiburan sahaja tanpa menyerang mana-mana pihak.
“Bila ada yang DM dan menegur saya mengenai video kaunter itu, saya muat naik satu Instagram Story dan terangkan semula kepada mereka secara baik.
“Saya bagitahu yang saya tiada niat nak menghina dan saya hanya lakonkan semula ragam manusia di Malaysia ini,” ujarnya.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan, Ryan yang mempunyai jumlah pengikut mencecah empat juta di TikTok telah tercalon untuk kategori Popular Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di MITEC Kuala Lumpur.
Baca: “Menjadi salah satu sebab saya berjaya” – Ryan Bakery Kenang Jasa Isteri Masa Susah