Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki dan menipu ramai wanita sehinggakan ada yang telah bersedia untuk berkahwin dengannya.
Lebih mengejutkan, wanita berkenaan pernah mengerjakan umrah dengan berihram seperti lelaki dan ia telah mendatangkan kemarahan netizen terutamanya umat Islam.
Terbaru, menurut laporan Utusan Malaysia rumah keluarga wanita tersebut yang terletak di Gelong Pepeyu, Bota, Perak dikatakan telah kosong sejurus videonya tersebar di media sosial.
Menurut jirannya yang tidak ingin dikenali, rumah ibu bapa wanita tersebut sunyi-sepi sejak kes anak mereka itu tular dalam media sosial dan dia hanya nampak mereka pulang sekejap sebelum meninggalkan rumah tersebut dalam keadaan tergesa-gesa.
“Sejak kejadian itu, saya rasa mereka ada balik sekali dua sahaja yang saya nampak tetapi mereka tidak lama, seolah-olah tergesa-gesa dan kasihan saya melihat mereka. Ramai juga orang yang datang ke kediaman mereka selepas video yang tular itu.
Apabila saya tanya, mereka kata dari pihak berkuasa dan dari jabatan kerajaan tetapi rumah tersebut memang kosong tiada orang semasa mereka datang,” katanya.
Dia juga memberitahu, ‘pengkid’ itu memang selalu berpakaian dan berpewatakan seperti seorang lelaki sejak kecil.
Semoga adalah penyelesaiannya kepada kes ini…
Baca: Pengkid Viral Pakai Ihram Rupanya Dah Tipu Ramai Wanita Sampai Ada Yang Dah ‘Ready’ Nak Kahwin?