in

“Mereka menang banyak tapi…” – ‘Podcast’ Antarabangsa Ramal Kedudukan Harimau Malaya Di Piala Asia

Harimau Malaya Asia Cup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun ini, pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya melakarkan sejarah baru apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Asia, sebelum ini mereka telah menyertai empat edisi Piala Asia AFC iaitu 1976, 1980 dan 2007.

Di bawah kejurulatihan Kim Pan Gon, Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit selepas penantian selama 43 tahun, malah ramai peminat bola sepak tempatan yang meramalkan skuad kebangsaan akan mara ke kelompok 16 teratas.


Artikel berkaitan: “Steady!” –  Kalah 10-0 Dengan Harimau Malaya, Penyokong Papua New Guinea Dipuji Masih Bersemangat

Artikel berkaitan: SNBJ Bakal Diselenggara Bulan Mac, TMJ Tawar Harimau Malaya Guna Stadium JDT

Pun begitu, lain pula ceritanya buat penganalisis bola sepak antarabangsa dalam satu rancangan podcast, The Give N Go.

Dalam episode tersebut, kedua-dua hos rancangan podcast itu merasakan Harimau Malaya mungkin berada di tanggan keempat dalam kumpulan mereka, di mana terdapat ‘gergasi’ Asia dalam kumpulan itu iaitu Korea Selatan.

“Mereka ada peluang, mereka ada form yang baik dan banyak memenangi perlawan sejak 12 bulan kebelakangan ini tetapi ada sedikit kaveat (amaran).

Mereka selalu bertemu dengan pasukan yang jauh lebih lemah, tetapi ia bagus kerana keputusan sebegitu baik untuk pasukan yang sedang meningkat naik,” kata salah seorang hos.

Selain itu, mereka berdua juga mengakui Harimau Malaya termasuk dalam kumpulan yang sengit, selain pasuka elit Asia iaitu Korea Selatan, mereka juga berhadapan dengan pasukan pertengahan yang hebat iaitu Bahrain dan Jordan.

Mereka bersetuju pasukan Malaysia akan mengakhiri Piala Asia dengan berada di tempat ke-empat kumpulan tetapi ia bukanlah sesuatu yang ‘memalukan’.

Apa-apa pun kita kena support Harimau Malaya ok!

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.