Sejak dari semalam, kecoh diperkatakan mengenai isu pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa yang dikatakan bersikap agak sombong ketika menerima hadiah atau gift yang diberi peminat ketika live di TikTok.
Neelofa yang dilihat mengatakan “I tak kisah semua tu” ketika ditegur suaminya untuk mengucap terima kasih telah menerima kecaman hebat netizen yang mengatakan beliau tidak menghargai peminat yang mana rata-rata telah menyokongnya sejak dari awal kemunculan lagi.
https://www.tiktok.com/@partnernunha/video/7129874145172589851?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7129874145172589851
Pemberi ‘gift’ live Neelofa buka mulut
Disebabkan hal tersebut viral, pemberi hadiah semasa live Neelofa, @nnurfar menerusi TikTok telah membuat penjelasan selepas diajukan soalan oleh netizen berbunyi,
Yang bagi gift tu rasa menyesal ke sedih ke cane awak?”
Menurut Nurfar, dia jauh sekali berasa menyesal atau sedih kerana dia memberi hadiah tersebut secara random dan sesiapa saja yang melalui for your page atau FYPnya pada ketika itu.
https://www.tiktok.com/@nnnurfar/video/7130127663993195802?_r=1&_t=8UjqlEUX2sD&is_from_webapp=v1&item_id=7130127663993195802
Sebagai pemberi gift tak pernah rasa menyesal sebab kita tak kenal pun siapa kita bagi gift dalam TikTok dan kita tidak memilih. Kita masuk je sesiapa yang lalu fyp kita. Kita bagi je gift,” katanya.
“Dia tak tahu gift itu dibeli oleh pembeli”
Tambahnya lagi, dia juga sempat mempertahankan tindakan Neelofa semasa live tersebut kerana menerusi pemerhatiannya, dia merasa selebriti itu kemungkinan besar kurang arif tentang hadiah di TikTok.
“Dia tak tahu gift tu dibeli oleh pembeli lepas tu dia claim dekat TikTok. Dia ingat gift tu macam emoji-emoji biasa.
“Tapi bila dia tengah bercakap dengan husband dia, suruh cakap terima kasih semua tu dia macam blur kenapa kena ucap terima kasih. Jangan buruk sangka tengok sesuatu terus komen. Ambil separuh video untuk dijadikan fitnah.
“Lepas tu korang ajak orang lain buat fitnah sekali, masuklah korang ke neraka ramai-ramai merangkak cari Neelofa nanti,” katanya memberi peringatan.
https://www.instagram.com/p/Cgju28zP-1y/?hl=en
Video berkenaan telah mendapat komen dari netizen yang mana rata-rata menyokong sikap positif wanita tersebut. Tak marah pun walau orang terlupa cakap terima kasih…
Pemberi gift pun tak marah kat Lofa gais. Jadi kita netizen jangan stress-stress okay? Chill je…
Baca: “I tak kisah semua tu” – [VIDEO] Ramai Kecewa Tengok Respon Sombong Neelofa Terima Hadiah TikTok