Tular di media sosial berkenaan dengan satu video yang telah menjadi perhatian netizen apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva telah menghalang laluan ambulans di Hospital Selayang.
Dalam video berdurasi 52 saat itu, kelihatan kereta tersebut parking di bahagian laluan untuk ambulans sehingga menyukarkan van ambulans untuk masuk.
Disebabkan halangan itu, kakitangan hospital dan ambulans terpaksa mengeluarkan pesakit dengan menggunakan katil roda dari luar hospital, tempat parking ke dalam wad.
“Inilah segelintir masyarakat yang tak ada akal, tak ada otak, kita kasi dia glamour kejap, kasi dia famous, agak-agak lah orang nak turun.”
Jika diperhatikan dalam video, kelihatan seperti jarak antara parking ke dalam wad agak jauh. Menurut sumber Twitter @nanmanjoi8715, kejadian ini berlaku pada pagi tadi (28/9/2022) dan sikap pentingkan diri sendiri pemilik kenderaan tersebut membuatkan ramai netizen marah.
Dalam pada itu, ada netizen meminta agar pihak keselamatan hospital untuk panggil mana-mana pihak berkuasa tempatan atau polis untuk tunda kenderaan ini.
Bengang dengan sikap pemilik kenderaan, netizen tersebut menyatakan bahawa dia sanggup parking jauh di seberang untuk ke hospital jika tiada tempat letak kereta kerana tidak mahu menyusahkan pihak hospital.
Haih, semoga kita semua tak lah jadi macam ni, kalau lah nak buat sekalipun kena ada common sense, tinggalkan nombor telefon atau jangan letak dalam mode P. Lagi senang tak payah parking terus.