in

“Menyombong nak mampuih” – Tolak Ajakan Untuk Bergambar, Peminat Label Fasha Sandha Artis Berlagak & Tak Mesra Peminat?

fasha sandhaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sama seperti manusia biasa yang lain, artis juga ingin mempunyai masa privasi bersama keluarga dan berjalan di mall bersama anak-anak tanpa gangguan peminat.

Namun bila dah dilabel sebagai artis, perkataan ‘privacy’ tu macam tak wujud di mata peminat. Baru-baru ni, pelakon terkenal, Fasha Sandha dikecam seorang peminat gara-gara menolak ajakan untuk bergambar bersama. 


 

“Berlagak nak mampuih… piirahh… kita nak selfie, buat muka macam pund*k” 

Menerusi perkongsian Fasha Sandha sendiri di Instagram, dia telah memuat naik posting seorang netizen yang mengecamnya gara-gara menolak permintaan bergambar. 

Menurut netizen tu, Fasha berlagak dan sombong serta menolak ajakan bergambar dengan alasan sedang sibuk dengan anak-anaknya. Uish siap panggil Fasha ‘selipar’ lagi!

kecam
Sumber: Instagram

 

“Ya saya memang berubah menjadi sombong di situasi ini, demi keselamatan saya dan anak-anak” 

Tidak mahu berdiam diri dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya, Fasha Sandha kemudian menjawab di Instagram. Katanya, dia terpaksa menolak ajakan untuk bergambar kerana dia sedang menjaga anak sahabatnya, Rita Sosilawati dan membuat bayaran di cashier. 

Namun selepas selesai tugasannya, Fasha kembali mencari wanita tadi dan didapati ‘peminat’ tersebut sudah tiada di situ lagi. Alahai…

https://www.instagram.com/p/B6f2Euoludz/?utm_source=ig_embed

 

Rakan artis sokong kenyataan Fasha

Posting tersebut kemudian mendapat sokongan dan luahan hati rakan artis lain yang pernah mengalami situasi yang serupa seperti Fasha Sandha. Antaranya seperti Fatin Afeefa, Siti Sarah, Shuib, Almy Nadia dan ramai lagilah.

retis
Sumber: Instagram

Bagi admin, peminat kenalah faham waktu privasi artis kalau bersama keluarga. Dorang pun macam kita jugak, nak bergembira dengan family tanpa gangguan. 

Baca: “Dia nak tolong cuci najis ibu saya” – Terharu, Roslan Shah Sebak Cerita Kebaikan Fasha Sandha

pasha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.