Ibu mana yang nak lihat anak mereka terseksa apatah lagi sehingga terkorban di depan mata.
Tetapi itulah yang berlaku di Kampung Lubok Batu, Hulu Terengganu semalam apabila seorang gadis dibunuh kejam oleh penyamun didepan ibunya yang sedang terlantar sakit.
Mangsa Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun itu ditemui mati tertiarap di ruang tamu rumah dalam keadaan yang mengerikan dengan beberapa kesan tikaman di badan dan putus pergelangan tangan kiri.
Adik ingat kakak kena renjatan elektrik
Kejadian disedari oleh adik mangsa, Siti Nur Syuhada Ismail, 15 apabila kakaknya tidak menjawab panggilannya selepas habis waktu persekolahan.
“Rutin kakak menjemput saya pulang dari sekolah tetapi selepas mendapati kakak tidak ada di perkarangan sekolah, saya rasa hairan dan menghubunginya beberapa kali.”
Kemudian, adik mangsa membuat keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki sejauh 1 kilometer dan terkejut melihat keadaan kakaknya yang tertiarap, disangka terkena karan. Dia segera menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk meminta bantuan.
Dibunuh depan ibu terlantar sakit
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi itu disahkan oleh abang mangsa Mohd Zaid Azroi, 28 apabila bubur nasi yang dibelinya pada jam 8 pagi tidak terusik dan lampin pakai buang ibunya yang terlantar sakit masih basah bermakna belum ditukar.
“Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak,”
Zaid yang bekerja di Kampung Banggol Katong, Bukit Payung, kira-kira lima kilometer dari rumahnya akan menghantar sarapan untuk ibunya sebelum keluar semula bekerja.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika ditemui berkata, siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu, lapor Harian Metro.
Tak boleh bayangkan macam mana keadaan ibu mangsa lihat sendiri anak dia kena bunuh. Mesti trauma kan. Min ucapkan salam takziah buat keluarga.
Baca: “Komplot dengan adik sendiri” – Kejam! Wanita Tergamak Bunuh Suami Buta Demi Harta Lebih RM2 Juta