in

Menyamar Jadi Pengawal Peribadi Keluarga Diraja Selangor, Lelaki Singapura Didenda RM17,000

menyamar pengawal peribadi sultan selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga Singapura telah didenda SGD$5,000 (RM17,263) gara-gara menyamar sebagai pengawal peribadi puteri dari keluarga diraja Selangor.

Memetik sumber NST, kejadian itu berlaku ketika lelaki terbabit yang berusia 49 tahun bersama anaknya berumur 17 tahun hadir ke konsert kumpulan K-Pop, Enhypen di Stadium Nasional Singapura pada Januari lalu.


Dakwa lelaki itu, perbuatan tersebut dilakukan kerana bimbang dengan keselamatan anaknya dan tidak mahu anaknya beratur panjang untuk masuk ke dewan konsert.

Artikel berkaitan: Pakai T-Shirt Unik, Lelaki Ini Sanggup Belanja RM10K Untuk Teman Isteri Ke Konsert Taylor Swift di Singapura

Artikel berkaitan: Lelaki Singapura Didenda RM5,500, Pecah Cermin Kereta Orang Lepas Dihalang Guna Lorong Kecemasan

Susulan itu, dia bersekongkol dengan anaknya untuk menipu pihak penganjur dengan mendakwa anaknya adalah puteri keluarga diraja Selangor dan dia sebagai pengawal peribadi.

unnamed

Pihak penganjur yang percaya dengan muslihatnya telah memberikan dia lanyard dan 2 tiket untuk konsert selama dua hari tersebut, dengan keistimewaan masuk awal.

Percubaan menipu lelaki itu mula terbongkar pada hari kedua selepas seorang pengurus yang bertugas berasa curiga dengan tindak-tanduknya.

Apabila disiasat, penganjur mendapati bahawa mereka sebenarnya bukan dari keluarga diraja Selangor.

Lelaki tersebut mengaku bersalah dan memohon hukuman yang lebih ringan kerana tindakannya hanya untuk memastikan keselamatan anak perempuannya.

Sumber: NST

Sumber: Shout

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.