Sejak akhir-akhir ini, pengguna tren LRT laluan Kelana Jaya sering meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan tren yang sering tergendala beberapa kali dalam sebulan.
Prihatin dengan nasib rakyat, Menteri Pengangkutan yang baru, Anthony Loke Siew Fook mendedahkan bahawa dia semalam senyap-senyap telah menaiki LRT laluan Kelana Jaya untuk melihat sendiri situasi yang dialami pengguna.
“Keadaan cukup sesak dalam tren, tak selesa kepada penumpang”
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Loke berkata dia telah menaiki LRT laluan Kelana Jaya selama dua jam ketika ‘peak-hour’ iaitu antara jam 5-7 petang.
Hasil tinjauannya mendapati keadaan tren sangat sesak dan membuatkan para penumpang tidak selesa dengan keadaan tersebut.
https://www.facebook.com/lokesiewfook/posts/pfbid0wCnQkaeTGq3xezagraagRmjptCpth96wGKLvjhErEEpvWkQbNUyMWx6boquuHCbql
Tambahnya lagi, dia juga tidak memaklumkan ‘kunjungannya’ itu kepada pihak pengurusan Prasarana dan media kerana ingin mengalami sendiri keadaan sebenar penumpang dan perkara ini akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini.
Loke juga dilihat hanya memakai sebuah cap berwarna hitam dan pelitup muka, tanpa diiringi oleh pegawai khas semasa di dalam tren berkenaan.
“Terus turun padang. Terbaik!”
Posting dari Loke telah mendapat pujian daripada netizen yang mengharapkan agar masalah gangguan tren LRT ini dapat diselesaikan dengan baik.
Ramai juga menyuarakan pendapatkan agar perkhidmatan lain seperti bas, MRT dan monorel juga diberi perhatian.
Harap adalah sinar baru bagi pengguna tetap LRT macam min ni. Risau bila tren rosak time peak hour.
Baca: LRT rosak mungkin berlaku disebabkan masalah pengurusan – Bekas CEO Prasarana