in

Menteri Pelancongan Gesa Hotel Beri Pengguna Menginap Sekurang-kurangnya 23 Jam Sehari

4Hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu yang lalu, kecoh di media sosial apabila orang ramai membincangkan mengenai masa check-in dan check-out hotel-hotel di Malaysia. Rata-rata memberi pandangan kepada pengusaha hotel yang seolah-olah tidak adil kepada penginap apabila mengenakan syarat check-in tidak sampai 24 jam.

Terkini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa pengusaha hotel untuk menyelaraskan semula masa check-in dan check-out bagi memastikan waktu penginapan pengguna sekurang-kurangnya 23 jam sehari.


Screenshot 2024 10 20 At 4.09.47 Pm

Memetik laporan Berita Harian, King Sing berkata tempoh penginapan selama 23 jam sehari adalah perkara biasa yang diamalkan oleh hotel-hotel di luar negara. Amalan itu juga tidak menjejaskan kualiti kebersihan dalam aspek kebersihan dan ianya turut setimpal dengan apa yang penginap telah belanjakan.

Saya faham jika hotel mahu menjimatkan kos dan dapat meraih keuntungan lebih banyak, namun perkara ini bukan hanya membabitkan keuntungan pemain industri semata-mata. Pelanggan yang berbelanja pasti mahu melakukannya dengan senang hati.”

King Sing juga memberi jaminan akan membantu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja yang menjadi punca sesetengah hotel memerlukan masa yang lebih untuk menyediakan bilik yang sekali gus mengurangkan tempoh penginapan pelanggan.

Kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dibentuk bagi menangani isu ini.

 

Baca: Isu Waktu ‘Check-In’ & ‘Check-Out’ Hotel, Ramai Kurang Senang Dengan Jawapan MOTAC?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.