in

Menteri Dikecam Netizen Gara-gara Keluarkan Kenyataan Tidak Sensitif Pasal Orang Utan di Malaysia

orang utan bunuh manusia dulu zuraida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang Utan sepertimana kita semua sedia maklum adalah antara haiwan yang diancam kepupusan dek kerana pemburuan dan dihalau daripada habitatnya kerana pembalakan dan lain-lain.

Pun begitu, kenyataan daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin mengenai orang utan baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai kecaman daripada netizen.


143926

Menurut Sinar Harian, beliau yang berucap dalam satu majlis berkata, orang utan apabila dijumpai akan membunuh manusia terlebih dahulu berbanding haiwan tersebut dibunuh di negara ini.

Video mengenai hal itu juga telah dimuat naik bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Twitter.

Malah kenyataannya mengenai singa wujud di negara ini juga mendapat kecaman netizen kerana ia tidak tepat sama sekali.

Awak fikir dengan mudah pergi dan bunuh orang utan? Begitu juga dengan singa dan harimau. Mereka tidak dibunuh. Kena ada prosedur untuk hadapi dan letakkannya di dalam zoo.

“Saya rasa kalian boleh tanya Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara). Mereka boleh beritahu berapa orang utan dalam negara dan berapa banyak mati dan hidup,” katanya.

 

“Harap menteri dapat tonton dokumentari mengenai – orang utan” 

Isu tersebut ternyata mendapat perhatian aktivis alam sekitar dan juga netizen yang menegur supaya para menteri menambah ilmu pengetahuan mengenai hal sekeliling terutamanya mengenai haiwan yang diancam kepupusan.

Apa-apapun diharapkan perkara sebegini tak berulang lagi sebab bimbang ramai akan menganggap para menteri tidak sensitif berkaitan isu alam sekitar. 

Baca: Luah Mahu Pergi Ke Afghanistan, Zuraida Nak Bimbing Taliban Perkasa Hak Wanita

zuraida

Sumber: Daily Sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.