in

Menteri Dakwa Ramai Terperangkap Dalam Banjir Kerana Tak Peka Dengan Amaran Cuaca?

cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, banyak kawasan di Malaysia yang dilanda hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir. Kesannya, ramai yang kehilangan harta benda seperti rumah dan kereta, malah ada juga yang terkorban.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, tindakan orang ramai yang tidak mengambil serius terhadap pengumuman dan amaran cuaca telah menjadi punca mereka terperangkap dalam banjir.


Jelas beliau, rata-rata masyarakat berpendapat banjir hanya berlaku di kawasan Pantai Timur dan apabila bencana ini berlaku, ramai daripada mereka yang tidak bersedia dengan bencana ini.

 DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN 1587876917

Beliau turut menjelaskan info berkenaan amaran cuaca ini sebenarnya sudah dihebahkan di semua stesen televisyen untuk makluman ramai.

“Bahkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menyediakan pelbagai aplikasi yang memberi tahu mengenai cuaca, angin, ombak laut dan semua keadaan cuaca negara.

“Namun berapa ramai yang melihat dan mengambil berat. Sekarang semua mula lihat kepentingan ramalan cuaca ini,” jelas beliau, lapor Berita Harian.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas beliau mengulas dakwaan yang mengatakan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hanya mengeluarkan amaran tentang hujan lebat di Lembah Klang dan beberapa kawasan lain, namun tiada amaran berkenaan banjir yang bakal berlaku.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menekankan Malaysia perlu mempunyai sistem yang lebih canggih dan maju untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ramalan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Sumber: Berita Harian

BACA: Dakwa Tentera Tak Turun Padang Tolong Mangsa Banjir, Tweet Harith Iskandar Dibidas ATM

7 6

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.