in

Menteri Agama Ketuai Jawatankuasa Khas Siasat Dan Kaji Doktrin Fahaman GISB Holdings

Menteri Agama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar akan mengetuai sebuah jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan dan kajian secara terperinci mengenai doktrin fahaman kumpulan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn. Bhd.

Screenshot 2024 09 14 at 9.54.31 AM

Memetik laporan Utusan Malaysia, Dr. Na’im berkata objektif utama penubuhan jawatankuasa itu adalah bagi membanteras fahaman dan ajaran menyeleweng kumpulan itu hingga ke akar umbi. Jawatankuasa itu akan diletakkan dibawah seliaan pejabat Menteri Hal Ehwal Agama sendiri.


Selain dari membanteras fahaman dan ajaran menyeleweng, jawatankuasa itu juga akan membantu memberikan sokongan data dan kajian kepada pihak berkuasa termasuk kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Artikel berkaitan: 10 Tahun Kerja Tapi Tak Pernah Dapat Gaji – Bekas Pekerja GISBH

Artikel berkaitan: Akui Kes L*wat Terpencil, Pengarah Eksekutif GISB Holdings Nafi Tomahan Lain

Screenshot 2024 09 14 at 10.40.51 AM

Dalam satu kenyataan, Dr. Na’im juga mengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi kerjasama penuh bagi membantu pihak polis dalam proses siasatan.

JAKIM turut akan membawa isu ini kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI untuk memutuskan dalam perkara-perkara berkaitan akidah”

Dr Na’im juga menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan Ops Global dan menahan seramai 171 individu bagi tujuan siasatan berkaitan GISB.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.