Sejak ditayangkan pada 24 April lepas, filem Avengers: Endgame telah mengutip sebanyak RM8 juta di Malaysia sahaja dan AS$60 juta semasa tayangan perdana filem tu Khamis lepas di Amerika Utara. Tu dah atasi rekod Star Wars dah tu!
Disebabkan ramai yang tertunggu-tunggu dan excited gila nak tengok filem ni, pastinya penonton sanggup bayar tiket wayang yang mahal demi dapat ‘cinema experience’ yang terbaik sepanjang tontonan.
“Aku perati dalam hall banyak parents bengap siap bawak stroller dengan kendong baby. Start je movie baby tu nangis”
Tapi macam mana pulak situasinya kalau dah bayar mahal-mahal pastu dapat penonton yang tak bertimbang rasa macam posting kat bawah ni. Korang mesti sakit hati kan?
Tapi pernah tak korang bayangkan apa yang akan berlaku kalau situasi ni terjadi di panggung wayang luar negara?
“Pengalaman aku menonton filem di pawagam negara orang… Betapa toleransinya penonton lain…”
Meskipun isu yang dinyatakan netizen di atas mendapat persetujuan hampir ke semua peminat Avengers yang merasakan tidak wajar ibu bapa membawa bayi mereka ke dalam pawagam, ada juga segelintir yang tak bersetuju dengan tindakan tersebut.
Menerusi satu posting di Twitter, netizen ini menceritakan pengalamannya semasa menonton Avengers: Endgame di pawagam luar negara dan baginya pengalaman tersebut sangat berbeza jika dibandingkan dengan suasana di Malaysia.
Penonton lebih ‘sporting’ dan tak cepat annoyed dengan gelagat penonton lain katanya. Tak macam kat sini tiba-tiba bapa si bayi kena ‘sembur’ dengan penonton. Emm wow impressive.
“Orang beli tiket nak nonton wayang dan nak enjoy. Ibu bapa bertimbang rasa tak akan bawa baby tengok wayang”
Sungguhpun apa yang dikongsikan individu ni agak menyentuh hati, tapi admin rasa dalam konteks pawagam dekat Malaysia, perkara macam ni tak boleh dipakai. Menurut netizen lain, ibu bapa yang bertimbang rasa sepatutnya tak bawa bayi masuk pawagam. Kan bunyi cinema yang kuat tu tak sesuai untuk anak-anak.
“Bersorak dengan menangis tu lain bang. Baliklah Malaysia, mungkin mentaliti awak yang level tapak kaki sebab duduk oversea lama sangat”
So korang rasa macam mana? Admin rasa ni bukan sebab mentaliti tapi sikap toleransi antara satu sama lain ketika menonton wayang. Lagi satu budaya orang luar negara dengan kat sini lain. Jadinya admin rasa tak bolehlah samakan orang sana dengan sini punya reaction masa tengok wayang.
Apa-apapun jangan marah-marah eh gais sampai bergaduh dalam wayang. Kalau tak setuju atau bising sangat, korang tegur cara baik.
Baca: Boss Sewa Satu Hall Wayang Untuk Tengok Avengers Sebab Takut Pekerja Spoil Cerita