in

“Mengikut kehendak mahkamah” – Pengurus Harap Hentikan Spekulasi Perceraian Fattah & Fazura

Syaz Ft 2024 09 19T130247.090

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah rumah tangga pelakon Fazura dan Fattah Amin masih menjadi bualan ramai susulan permohonan cerai yang dilakukan Fazura baru-baru ini.

Pun begitu, pengurus Fazura iaitu Iman Tang berkata, syarikat pengurusan termasuk peguam dilantik tidak terbabit dengan apa yang didakwa kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai secara baik seperti yang tular.


Artikel berkaitan: “Tiada wanita lain dalam hidup saya” – Fattah Amin Hanya Tahu Permohonan Cerai Fazura Melalui Media Sosial

Artikel berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin?

@fazura.klstokis

Fazura & her manager iman tang 💖✨ happy working everyone 💖

♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official

“Kami dari pihak pengurusan, peguam dan Fazura sendiri mengesahkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Fazura sejak tular kisah permohonan cerai.

Permohonan yang difailkan adalah satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah sebagaimana kehendak undang-udang,” katanya.

Iman juga menggesa agar orang ramai tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berkenaan perceraian dua selebriti itu.

Sebagai info, Fazura sebelum ini telah memfailkan perceraian terhadap Fattah Amin pada Jumaat lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Berita mengejutkan itu tular selepas beberapa khabar angin berkenaan rumah tangga dua pelakon itu tersebar.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.