Baru-baru ini negara Jepun telah digemparkan dengan isu ngeri di mana seorang lelaki telah membunuh dan mencincang seramai 9 orang mangsa dalam lingkungan usia remaja hingga lewat 20-an.
Menurut laporan Time, Takahiro Shiraishi, 27, telah membunuh seramai 8 orang mangsa perempuan dan seorang mangsa lelaki.
Suspek juga mengaku telah ‘mencederakan’ mangsa-mangsa perempuannya serta mencincang mereka dan menyimpan bahagian anggota-anggota badan di dalam peti sejuk. Tidak cukup dengan itu, dia juga membuang bahagian tubuh mangsa ke dalam sampah dan meletakkan najis kucing bagi menutup bau busuk mayat.
Menurut The Star, Takahiro memerangkap mangsanya melalui Twitter. Modus operandi suspek ialah dengan mencari individu yang menyatakan hasrat ingin membunuh diri di Twitter.
Takahiro berjaya ditangkap sewaktu polis sedang menyiasat kes kehilangan seorang perempuan berusia 23 tahun yang telah menyatakan hasrat ingin membunuh diri di Twitter dan menulis status, “mencari seseorang untuk membunuh diri bersama-sama”.
Abang mangsa yang melaporkan kehilangan mangsa mendapati adik perempuannya telah berhubung dengan suspek di Twitter.
Abang mangsa bersama bantuan netizen yang mengenali profil Twitter Takahiro telah memerangkap suspek untuk bertemu dengannya di stesen kereta api yang kemudian diikuti oleh polis hingga ke rumahnya. Polis kemudian menjumpai beg milik mangsa di rumahnya serta mayat mangsa di dalam peti ais.
Takahiro dikatakan bertindak sendirian dan motif pembunuhan tidak dipastikan. Polis masih lagi menyiasat kerana hairan tindakan suspek membunuh mangsanya tidak didengari jiran-jiran sekeliling, lapor The Asahi Shimbun.
Adalah wajar untuk kita menjadi lebih berhati-hati dan sentiasa awas di mana sahaja kita berada walaupun di sosial media.
Baca: 5 Kes Pembunuhan Yang Mengerikan Pernah Menggemparkan Malaysia Suatu Ketika Dahulu.