in

Mengejutkan! Rupanya Masih Ramai Keliru Tentang Cara Sebenar Baca Keputusan Kit Ujian Kendiri

Casa Sebenar Baca Keputusan Kit Ujian Kendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lonjakan kes harian Covid-19 di Malaysia beberapa hari kebelakangan ini tidak dinafikan agak mengusarkan ramai. Namun, ada juga ‘sinar’ disebalik lonjakan kes berkenaan, yang mana menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham, hanya 73 kes merupakan kategori 3,4 dan 5 manakala 99.48% lagi adalah kategori 1 dan 2.

Menerusi satu ciapan lain, Tan Sri Noor Hisham turut menasihati semua agar kekal dengan penjagaan SOP seperti mengenakan pelitup muka selain melakukan ujian kendiri dengan segera jika :


  1. Mempunyai gejala
  2. Anda adalah kontak rapat kpd kes COVID-19, tunggu tempoh masa 5 hari untuk jalankan ujian kendiri.
  3. Anda ingin berhimpun jalankan ujian kendiri sebelum perhimpunan.

682507

Buat masa ini, set kit ujian kendiri telah ditetapkan harga siling dan hari ini ia boleh didapati dengan harga serendah RM6.90 di farmasi dan kedai-kedai serbaneka atau pasar raya.

Walaupun kini orang ramai lebih mudah mendapatkan kit ujian kendiri, namun di Twitter baru-baru ini, seorang doktor, Dr Arvinder Singh mendedahkan rupanya masih ramai lagi yang keliru dan tidak mengetahui cara yang betul untuk membaca keputusan ujian kit kendiri tersebut.

“Masih membimbangkan krn ramai masih tak kenal keputusan positif/negatif.”

Menurutnya lagi, sekiranya kit ujian kendiri menunjukkan satu garisan halus atau gelap di bahagian bertulis ‘T’ di kit tersebut, maka keputusan ujian adalah positif. Sebaliknya, sekiranya hanya ada satu garisan yang muncul di bahagian ‘C’, ujian tersebut adalah negatif.

Keputusan Kit Ujian Kendiri

Namun, jika keputusan atau garisan di kit ujian menunjukkan garisan ‘pelik’ sebagai contoh, hanya garisan di bahagian ‘T’ kelihatan tetapi tidak di ‘C’ atau tiada garisan langsung, maka ujian tersebut sebenarnya tidak sah dan orang ramai perlu melakukan ujian sekali lagi.

Ujian Kendiri Tidak Sah

Kit ujian covid

Di bebenang tersebut, ramai juga bertanyakan terus kepada doktor berkenaan tentang ujian mereka sambil memuat naik gambar kit ujian kendiri masing-masing, selain ada juga yang bertanyakan sebab mengapa hasil ujian kit kendiri adalah positif, sebaliknya apabila ujian PCR dilakukan, keputusan adalah negatif.

 

Persolan tersebut telah dijawab oleh seorang lagi doktor dengan mengatakan bahawa ujian PCR bukanlah ujian ya atau tidak, sebaliknya ia berdasarkan skala yang mana virus tersebut ada tetapi jumlahnya terlampau sedikit untuk dianggap sebagai kes positif.

Baca : Kes Harian Naik Hingga Lebih 10K Tapi Ramai Lega Lepas Tengok Tweet DG Hisham

page dg hisam

 

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.