Semalam, viral di media sosial sebuah video yang menunjukkan satu kemalangan dahsyat yang berlaku di Bandar Kinrara, Puchong.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, sebuah kereta Myvi berwarna merah dilihat memecut laju dan merempuh sebuah van dari belakang hingga menyebabkan kenderaan tersebut terbalik di atas jalan raya.
Nah korang tengok betapa lajunya dia bawa kereta tu. Macam nak terbang dah oi min tengok!
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1826377227539979/508116290582158
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2 petang itu, bukan van tersebut saja yang dirempuhnya, malah Proton Waja yang berada di kanan van juga dilanggar dan seorang penunggang motosikal pula nyaris menjadi mangsa kerana berada beberapa meter di belakang van tersebut, lapor Astro AWANI.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, pemandu Myvi yang berusia 26 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri tapi berjaya ditahan orang awam yang kemudian menyerahkannya kepada pihak polis.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1826846480826387
Lelaki pemandu Myvi itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BJST) untuk tindakan susulan. Hasil saringan ujian air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.
“Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Azman.
Pemandu van berkenaan dilaporkan parah akibat kemalangan tersebut dan kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan.
Butiran peribadi pemandu van tersebut juga masih belum diperolehi daripada pihak hospital dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Dia punya laju macam kilat wei!”
Dalam pada itu, video kemalangan tersebut yang tular di media sosial telah mendapat respon netizen yang rata-rata terkejut dan geleng kepala melihat kelajuan kenderaan Myvi tersebut.
Patutlah van tu terbalik! Mujur saja penunggang motosikal tu tak kena langgar kan?
Harap-harap pemandu van yang terlibat dalam kemalangan tu tak ada apa-apalah dan cepat sembuh.