in

“Mengaibkan negara” – Pelancong Jepun Dirakam CCTV Didakwa Mencuri Di Bali

pelancong jepun mencuri di bali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki Jepun didakwa mencuri pakaian di sebuah kedai di Bali mencetuskan pelbagai reaksi netizen termasuk warga negara Matahari Terbit itu.

Menerusi video CCTV yang dimuat naik di platform X, pemilik kedai mengaku kehilangan 11 helai pakaian sebelum mendapati sekumpulan pelancong Jepun yang melakukannya.


Dalam video terbabit, dilihat tiga lelaki muda sedang berpura-pura melihat pakaian sebelum memasukkannya ke dalam beg.

Mereka dilihat beberapa kali menoleh untuk memastikan tiada yang memerhati sebelum menyelinap barangan curi ke dalam beg. Dalam rakaman itu juga dapat didengari mereka berbicara dalam bahasa Jepun.

Screenshot 2025 12 08 111458

Artikel berkaitan: Pelancong Dituduh Tak Hormat Budaya Jepun, Padankan Hijab Dengan Baju Tradisional Kimono

Artikel berkaitan: “Kena respect adat budaya mereka” – Lelaki Dedah Diganggu Makhluk Halus Lepas Bercuti Di Bali, Puncanya…

Menurut pemilik akaun terbabit, ramai netizen Jepun mengecam perbuatan sekumpulan lelaki itu dengan ada yang menyebut mereka sebagai ‘individu yang mengaibkan negara’.

“Kejadian yang jarang berlaku yang mungkin pertama kali terjadi,” tulis pemilik akaun itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tidak menyangka pelaku merupakan warga Jepun.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa di sana.

Sumber: Mothership.sg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.