Semalam, mayat seorang gadis warganegara Indonesia berusia dalam lingkungan 20-an telah ditemui terbaring berlumuran daran di dalam bilik tingkat satu di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang.
Mangsa dipercayai dibunuh ini ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju-T kira-kira pukul 2.05 petang, lapor Utusan.
Pemeriksaan yang dijalankan bersama unit Forensik mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian leher sebelah kiri wanita terbabit.
Menurut satu posting yang tular di Facebook, didakwa sebelum dibunuh, gadis ini telah mengadu lapar dan meminta kakaknya untuk membelikan makanan namun bila kakaknya pulang, dia melihat adiknya telah pun menjadi mayat.
Ekoran dari ini, pihak polis kini sedang mengesan seorang lelaki juga warga Indonesia bagi membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, lelaki yang dikenali sebagai Safrizal ini juga merupakan teman serumah mangsa.
Lelaki ini juga warga Indonesia dan dipercayai tinggal serumah dengan mangsa. Buat masa ini, siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan individu terbabit sedang giat dijalankan.”
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam beberapa komen oleh netizen, lelaki ini dikatakan telah ditangkap selepas ditemui di Bukit Tinggi, Klang namun setakat artikel ini ditulis masih belum ada berita rasmi mengenai penangkapan tersebut.
Baca: Terjun Sungai Niat Nak Bunuh Diri Tapi Tak Jadi Lepas Nampak Buaya