Penduduk Kupang Gunung Timur di Surabaya dikejutkan dengan penemuan mayat sepasang suami isteri di kediaman mereka semalam. Menurut Tribun, Sumardi, 56, dan isterinya Romiyah, 55, ditemui oleh jiran mereka kira-kira jam 6.30 petang di rumah kos terletak di Jalan Kupang Gunung Timur IV No 30 Sawahan, Surabaya.
Saya mau mandi, keluar kamar kaget ada orang tidur, tapi kok berdiri,” kata jiran mereka, Tatik.
Selepas melihat dengan dekat, Tatik terkejut kerana rupa-rupanya Sumardi dah tidak bernyawa dalam keadaan gantung diri dekat pintu rumah berkenaan. Menurutnya, Sumardi menggunakan tali ampaian yang kemudiannya terputus menyebabkan mayatnya terjatuh.
Selepas mayat Sumardi jatuh, Tatik dan seorang jiran lain, Ratnawati terkejut melihat Romiyah terbaring atas lantai dalam keadaan berlumuran darah di kepala dan juga sudah tidak bernyawa, lapor iNews. Selepas siasatan dijalankan, pihak polis mendapati Sumardi sendiri telah membunuh isterinya sebelum menggantung diri. Polis juga menemukan batu serta nota berdekatan dengan ayat Romiyah.
Kamu suruh aku pergi ke Mojokerto, kamu di Surabaya curang. Daripada kamu buat aku sakit hati, lebih baik kamu mati, aku juga mati.”
Beberapa orang jiran tetangga juga memberitahu pihak polis mereka pernah dengar suami isteri tu bertengkar. Menurut mereka, Sumardi kecewa dan sudah tidak tahan lagi dengan cinta tiga segi itu membuatkan dia nekad untuk membunuh isterinya.
Salah seorang jiran, Nardi juga berkata Sumardi pernah beritahu dia bahawa Romiyah ‘selingkuh’ dan ada teman lelaki.
Yang laki-laki sempat cerita, sekitar satu minggu lalu. Menurut yang laki-laki, isterinya punya simpanan.”
Bila terlalu kecewa pun manusia boleh hilang pertimbangan….
Baca: “I love you” – Lelaki Tergamak Bunuh Isteri Sendiri Sebab Teringin Nak Kahwin Dengan Adik Ipar