Jika sebelum ini kami ada kongsikan tentang kafe dalam air ketika banjir di Thailand, kali ini kami nak share pula tentang sebuah lagi kafe unik di mana pengunjung boleh menikmati makanan bersama ikan koi dalam ‘kolam’.
Menurut Oddity Central, kafe yang diberi nama Sweet Fishs Cafe itu dipercayai terletak di bandar Khanom, Thailand dan ikan-ikan koi yang berenang di lantai kafe menjadi tarikan utama tempat tersebut.

Difahamkan, pengunjung boleh berjalan dalam air yang sama ikan-ikan tersebut berenang. Oleh itu, mereka yang datang perlu membuka kasut dan sanitize terlebih dahulu kaki mereka supaya tak akan mencemarkan air.
Jangan risau, air tu tak dalam pun, hanyalah paras buku lali sahaja. Rupa-rupanya, kafe itu merupakan sebahagian daripada sebuah resort dan spa Ton Than di kawasan itu.
Pemiliknya berkata, dia mendapat inspirasi untuk membuka kafe dengan konsep sebegitu selepas dia melihat ada kafe kolam ikan di Vietnam iaitu Kafe Amix Coffee.

Namun, sudah tentulah pembukaan kafe kolam ikan macam ni akan ada cabarannya yang tersendiri. Staf kafe perlu bekerja keras untuk menukar air kolam kafe tersebut dua kali sehari, iaitu setiap petang selepas semua pelanggan dah beredar dan setiap pagi sebelum waktu operasi kafe bermula. Penat tu!
Ini semua dilakukan untuk mengelakkan air ikan dan kolam itu mengeluarkan bau yang busuk. Manakala, penapis air kolam juga perlu berfungsi selama 24 jam sehari.
Walaupun kafe ini memang sesuai untuk peminat ikan hiasan, namun pelanggan tidak dibenarkan untuk mengganggu atau menyentuh ikan-ikan terbabit sesuka hati. Kiranya, kena biarkan je ikan tu berenang seolah-olah ia berada dalam habitatnya yang sebenar.
https://www.facebook.com/Sweet-fishs-cafe-102157191719298/photos/131632598771757
Dalam masa yang sama juga, ada juga netizen yang tak bersetuju dengan idea kafe ini sebab ia dianggap seperti penderaan terhadap haiwan. Kafe Amix Coffee Vietnam juga dilaporkan telah ditutup sebab kecaman penderaan haiwan.
So, apa pula pendapat korang? Unik ke penderaan terhadap haiwan sebenarnya ni?
Sumber: Oddity Central, Facebook Sweet Fishs Cafe
Baca: Green Lab: Kafe Khas di Korea Untuk Pengunjung Yang Mahu Mengelamun Tanpa Gangguan

