in

Menantu Didakwa Sihir Ibu Mentua Sebab Tak Puas Hati Selalu Kena ‘Sembur’

Sihir 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun ramai cakap menantu kena pandai ambil hati mentua lebih-lebih lagi bila baru berkahwin, sebenarnya mentua juga perlu melayani ‘orang baru’ tersebut dengan baik seperti keluarga sendiri.

Pun begitu, satu kisah yang dikongsikan oleh seorang individu menceritakan pengalaman sedih ibunya disihir oleh kakak iparnya sendiri gara-gara mulut terlalu lancang.


Sihir
Sumber: mstar

Hari pertama dah kena sembur

Individu itu berkata abangnya berkenalan dengan isteri ketika belajar di universiti dan urusan perkahwinan mereka berjalan dengan baik tanpa cacat cela. Namun, hari pertama kakak iparnya masuk ke dalam keluarga itu, dia telah dimarahi oleh ibu kerana bangun lewat dan kurang membantu di dapur.

Artikel berkaitan: Bungkusan Kecil Berbalut Benang Disyaki Buhul Sihir, Ditemui Atas Pusara Bapa Muhyiddin Yassin

Artikel berkaitan: “Paku, pisau..” – Lebih 10 ‘Bendasing’ Keluar Dari Badan, Aeril Zafrel Kongsi Pernah Disihir

Kami semua dah memahami sikap ibu tapi mungkin kakak ipar I dia terkejut.

Tidak cukup dengan itu, kakak iparnya juga pernah dimarahi oleh ibu di depan saudara mara yang lain gara-gara terpecahkan cawan yang dibeli dari Turkiye.

Ibu mengamuk dan marah kakak ipar I depan saudara mara. I terus tarik tangan kakak ipar dan bawa masuk ke dalam bilik. Ibu pergi bilik  dan tengking kakak ipar I. Masa tu abang I pergi kedai beli barang.

Sejak peristiwa itu, kakak iparnya banyak duduk bersendirian di dalam bilik dan jarang keluar.

Berat turun mendadak, selalu meracau waktu maghrib

Nak dijadikan cerita, sewaktu individu tersebut cuti semester dan balik ke rumah, dia melihat perubahan ketara pada tubuh badan si ibu.

Dari berat 90 kg turun ke 68 kg, muka yang dulu licin cantik jadi kedut dan tiap kali maghrib meracau, menjerit macam orang gila. Ayah bawa ibu berubat sampai ke Kelantan.

Bagaimanapun, perawat memberitahu ibunya menjadi seperti itu gara-gara ‘orang baru’ yang masuk dalam keluarga mereka. Dia terus menyangka itu perbuatan kejam itu dilakukan oleh kakak ipar.

Jin dalam badan ibu cakap, masa berubat tu dia nak ibu I mati. Entah lah, I tak tahu sama ada betul ni angkara kakak ipar I atau sebaliknya. Sebelum ni keluarga kami tak pernah alami pun semua ni.

Rumah jadi suram, ibu tak nak makan

Ceritanya lagi, rumah mereka yang sentiasa meriah kini menjadi suram dan ibu serta kakak iparnya banyak duduk di dalam bilik masing-masing walaupun ketika hari raya. Ibunya juga menolak untuk makan dan keluar rumah termasuklah berjemaah di surau.

Dulu selalu ikut ayah jemaah dekat surau. Sekarang tak dah. Ibu seolah-olah menyampah gila dengan kakak ipar I. Kakak ipar orangnya cantik, baik je mungkin cara ibu salah melayan kakak ipar I macam tu.

Tapi tulah, kakak ipar I pun tak boleh buat macam tu dengan ibu (kalau betul dia buat). Sebab ibu adalah mak kepada abang.

Bagaimanapun, dia dan kakak tidak memberitahu abangnya mengenai hal ini dan masih tidak pasti sama ada ibunya jadi seperti itu gara-gara kakak ipar.

Seram bila jadi macam ni… harap kita dijauhkan dari benda-benda tak baik..

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.