in

“Menangis owner burger stadium” – Netizen Puji Mydin Jual Burger Ayam Harga RM0.67

Burger 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang ramai rakyat Malaysia sekarang ini yang mungkin berdepan dengan masalah kewangan lebih-lebih lagi jika mempunyai komitmen keluarga.

Salah satu inisiatif terbaik yang diambil oleh jenama pasar raya tempatan, Mydin mereka telah menjual burger dengan harga yang tak masuk akal.


Burger Mydin murah, makan kenyang

Menerusi video yang dikongsikan oleh @abangzabumalaysia di TikTok, dia menunjukkan salah satu sajian berbaloi yang ada di pasar raya Mydin iaitu burger ayam berharga RM0.67.

Artikel berkaitan: “;Rasa macam nak nangis” – Netizen Puji Mydin Sebab Jual Baju Melayu RM 5

Artikel berkaitan: “Admin Mydin pun join!” – Tunjuk’Landmark’ Di US, Gambar Wan Azizah Jadi ‘Meme’

Menurut tag harga, burger itu terhad dua unit untuk setiap pelanggan dan promosi tersebut selama tiga hari iaitu pada 23 sehingga 25 Ogos 2024.

@abangzabumalaysia

hari-hari mydin murah. yeke murah?

♬ bunyi asal – Abang Zabu🍉 – Abang Zabu🍉

Dalam video lain yang dimuat naik, Abang Zabu menunjukkan rupa burger murah tersebut lengkap dengan roti, patty ayam, sos, mayonis dan sedikit sayuran.

Walaupun nampak simple, Abang Zabu berkata portion sebegitu mengeyangkan serta berbaloi dengan harga. Dia juga ada menambah telur goreng, mayonis serta sayuran lain mengikut saranan netizen TikTok.

@abangzabumalaysia

Replying to @benzasib

♬ bunyi asal – Abang Zabu🍉 – Abang Zabu🍉

“Menangis abang burger stadium”

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen teruja melihat promosi berbaloi yang dijalankan oleh Mydin Malaysia kerana dianggap faham dengan situasi segelintir rakyat Malaysia.

Burger 1

Ada juga yang membandingkan rupa burger tersebut sama seperti burger yang dijual di stadium namun harganya jauh lebih murah.

Burger 2

Netizen lain berpendapat harga RM0.67 tersebut sempena dengan hari kemerdekaan yang ke-67 tahun ini.

Burger 3

Alamak, jauh pula Mydin dari rumah min!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.