Seperti yang kita sedia maklum baru-baru ni kecoh dengan pereka fesyen terkenal tanah air, Jovian Mandagie ketika sesi live bersama penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi duta ketika mempromosikan pelitup muka Jovian Mask.
Netizen dengan pantas mengecam pereka fesyen ini kerana ketika live tersebut, tali pelitup muka tu terputus ketika Tokti ingin mencuba sebagai tutorial. Netizen anggap yang face mask JM ni tak berkualiti walaupun mahal.
Sebab kejadian ni, muncul lah satu video yang dimuatnaik oleh seorang TikTokers @diva.h.a atau lebih dikenali sebagai Hadrey Ali menunjukkan dirinya tengah uji ketahanan tali face mask RM6 yang hanya dibeli di Shopee.
@diva.h.a Cintaku padamu seutuh mask rm6 shopee ⛓️⛓️ #mask #shopee #tiktokmalaysia
Dalam video tersebut, ternyata pelitup muka yang hanya dibeli kat Shopee ni bukan sahaja murah, tapi talinya langsung tak putus. Buktinya, ketika Tiktokers ni uji tali face mask dengan menggantungkan objek berat pada tali seperti kelapa, mixer, tudung saji dan kuali, tali tu memang utuh siap boleh angkat lagi objek berat tu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memang terhibur dengan aksi TikTokers tersebut yang dianggap sangat kelakar dan menghiburkan hati. Ada juga netizen menambah yang pelitup muka murah macam ni mampu setanding dan lagi baik kualitinya dari face mask Jovian Mandagie.
“Aku memang takleh blah dengan lawak korang???” – Komen netizen
“The jovian mask could never ???” – Komen netizen
Ada juga netizen berkata yang pelitup muka takde cop SIRIM pun lagi kuat berbanding dengan yang ada. Tak ketinggalan jugak netizen yang anggap cop SIRIM ni hanya ada pada barangan elektrik sahaja. Macam-macamlah netizen ni!
Amacam..korang team mask Shopee ke team mask mahal?
Baca: “Hauk betul bang!” – [VIDEO] Mask Jovian Terputus Masa Live, Netizen Kata Tak Berkualiti?”