Kebelakangan ini, ramai yang memilih bola sepak sebagai aktiviti rekreasi, malah mereka juga sering mengadakan perlawanan persahabatan persis liga-liga besar di Malaysia.
Pun begitu, sejak semalam tular beberapa gambar berkenaan sukan itu di mana seorang pemain dalam satu pasukan bola sepak sosial didakwa membawa senjata iaitu kerambit ketika berada di atas padang.
Artikel berkaitan: Tular ‘Coach’ Bola Sepak Berkasar Dengan Penjaga Gol Perempuan, Ibu Bapa Tampil Bersuara
Artikel berkaitan: “Bola amatur je” – Netizen Seram Tengok Lelaki Kena ‘Tackle’ Sampai Kaki Patah Ketika Main Bola Sepak
Difahamkan, kejadian itu berlaku semalam (4 Ogos) di padang KLFA, Melawati, Kuala Lumpur dan melibatkan pasukan Farouk FT.
Melalui posting yang tular aplikasi X ketika ini, kejadian itu berlaku pada jam 12.30 pagi semalam dan didapati pemain itu sanggup bertindak di luar kawalan dengan menggunakan barangan tajam tersebut apabila tercetus pergaduhan antara mereka.
Sape kenal boleh roger-roger. Kerambit dibawaknya masuk padang.
Nama team : Farouk Ft
Tempat kejadian : KLFA, Melawati
Waktu : 12.30 malam
Tarikh : 4 Ogos 2024Sumber : Aliff Akhmal pic.twitter.com/WdGeecRuOJ
— Amran Fans (@_AmranFans) August 4, 2024
Difahamkan setakat ini tiada kemalangan jiwa atau tragedi berdarah di padang dan pemain mengamuk itu berjaya ditenangkan oleh orang ramai.
Tindakan pemain bola sepak itu sudah pastinya menaikkan kemarahan netizen, ia kerana sukan yang sepatutnya menyatukan dan menyihatkan itu bertukar bahaya dengan adanya individu yang sebegitu.
Kenapa sampai macam tu sekali ya?
Sumber: X