in

Menakutkan! Dua Angkasawan ‘Tersangkut’ Di Angkasa Dah Hampir 2 Bulan, Ini Apa Yang Berlaku…

collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak sekarang ni ada dua angkasawan yang tengah tersangkut dekat angkasa lepas tanpa mengetahui bila dorang boleh turun ke bumi? Dorang stuck dekat sana dah lebih 50 hari tau. Takutnya!

Dua angkasawan terlatih NASA yang dipertanggungjawabkan untuk menguji kapal angkasa terbaru Boeing 100 Starliner ini terpaksa kekal di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang mengorbit Bumi kira-kira 400km selepas kapal angkasa mereka itu mengalami masalah teknikal.


Dua angkasawan, Suni Williams dan Butch Wilmore pada awalnya telah dijadualkan untuk pulang ke bumi pada 13 Jun selepas kapsul Starliner mereka ini berlepas dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral Florida pada 5 Jun lalu.

Tapi Starliner tersebut telah mengalami beberapa masalah malah sebelum ia berlepas lagi. Sebelum ini, satu cubaan perlepasan telah dibatalkan pada 1 Jun beberapa minit sebelum ia berlepas selepas mengalami masalah pada kawalan komputer.

Ketika dalam perjalanan selama 25 jam ke ISS, kapal angkasa ini telah mengalami beberapa kebocoran helium dan pendorong tidak berfungsi. Jadi bila Starliner ini tiba di ISS pada 6 Jun dan cuba untuk berlabuh di ISS, empat dari 28 pendorong telah gagal berfungsi sehingga menyebabkan ketibaan kapal angkasa ini tergendala.

Menurut jurucakap Boeing, empat dari lima pendorong yang tak berfungsi sebelum ini telah pun dapat berfungsi seperti biasa, ini bermakna, satu dari 27 pendorong kini masih lagi offline.

Artikel berkaitan: Rusia Ancam Untuk Tinggalkan Angkasawan AS Di ISS, Balasan Terhadap Sekatan Oleh Barat

Artikel berkaitan: Wanita Kena Tipu Dengan ‘Angkasawan’ Demi Cinta, Diminta Bayar RM140,000 Untuk Balik Ke Bumi

Siapa angkasawan yang telah tersangkut di angkasa?

SEI210535915.jpg

Sunita Williams

Sunita “Suni” Williams merupakan angkasawan Amerika dan Pegawai Tentera Laut yang telah pun menyertai NASA pada 1998. Suni telah membuat penerbangan angkasa pertamanya ke ISS untuk menyelenggara panel tatasusunan suria penjanaan elektrik di Space Shuttle Discovery pada Disember 2006 semasa dia merupakan seorang jurutera pesawat.

Misi keduanya adalah pada Mei 2012 sebagai jurutera pesawat untuk Ekspedisi 32 ke ISS bagi menguji sistem penyebaran mikrosatelit baru. Selepas berjaya melaksanakan beberapa misi lain, Suni telah menjadi salah seorang angkasawan pertama yang telah dipilih untuk dilatih bagi Program Kru Komersial NASA pada 2015.

Kalau korang nak tahu, Suni telah menghabiskan sebanyak 322 hari di angkasa setakat ini dan terkenal dengan misinya di atas ISS di mana dia telah mencipta rekod sebagai penerbangan angkasa lepas paling lama oleh seorang wanita iaitu selama 195 hari dan bekas pemegang rekod sebanyak tujuh perjalanan di angkasa lepas (iaitu apabila angkasawan keluar dari kapal di angkasa) oleh angkasawan wanita. Rekod ini hanya dipecahkan oleh Peggy Whitson pada 2017 selepas wanita tersebut kini telah melengkapkan sebanyak 10 perjalanan di angkasa lepas.

Suni juga turut menerima beberapa anugerah termasuklah Legion of Marit, Navy Commendation Medal, Navy and Marine Corps Achievement Medan dan Humanitarian Serivice Medal.

Barry Wilmore

Barry “Butch” Wilmore telah terbang ke angkasa buat pertama kalinya menggunakan Kapal Angkasa Atlantis untuk menghantar alatan ke ISS pada November 2009 dan berkhidmat sebagai komander ISS dari November 2014 sehingga Mac 2015.

Butch telah berkhidmat sebagai jurutera pesawat untuk Ekspedisi 41 pada Mei 2014 bagi mengkaji kesan tubuh badan dan pertumbuhan tumbuhan tanpa berat badan. Dia juga merupakan komander Ekspedisi 42 bagi mengkaji bagaimana angkasa memberi kesan kepada sel imun dan memerhatikan pencemaran pada atmosfera bumi pada 2014.

Apa tindakan Boeing terhadap angkasawan yang tersangkut di angkasa?

667d4ce6d1c84a0eaca82e5d

NASA dan Boeing telah menggunakan masa dua angkasawan ini di sana bagi meneliti masalah pendorong yang telah mengganggu kapal angkasa dari berlabuh di ISS pada 6 Jun lalu.

Menurut NASA, kapal angkasa tersebut boleh berlabuh di ISS selama lebih 45 hari atau maksimum 72 hari dengan menggunakan sistem sandaran.

NASA sebelum ini mengatakan yang mereka menyasarkan dua angkasawan ini akan pulang pada awal Julai kerana masa tambahan diperlukan untuk menyiasat isu yang berlaku ini. Namun sehingga kini, NASA masih belum menetapkan tarikh rasmi untuk membawa dua angkasawan ini pulang ke bumi.

Ketidakpastian ini membuatkan ramai orang mula risau dengan kesihatan dua angkasawan ini termasuk risiko untuk mereka hilang ketumpatan tulang dan jisim otot.

Alahai, harapnya dua angkasawan ini dapat dibawa pulang dengan selamat secepat mungkin.

Sumber: Business Today, Al-Jazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.