in

Membimbangkan! Kes Covid-19 Di Sabah Stabil, Kini Lembah Klang Pula Catat Kes Paling Tinggi Dalam Negara

collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, angka kes positif Covid-19 di Sabah merupakan penyumbang kepada keseluruhan kes positif di dalam negara. Tapi, belum sempat kita tarik nafas lega lepas kes positif di Sabah semakin stabil, Kuala Lumpur pula menjadi lokasi mencatat rekod kes positif tertinggi.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan yang Kuala Lumpur telah mencatatkan kes tertinggi dalam negara sebanyak 475 kes berbanding Sabah yang merekodkan 381 kes.


Menerusi pecahan kes yang dikongsikan oleh KKM, daerah Kepong mencatat pertambahan kes terbaharu sebanyak 339 kes, Cheras 121 kes, Titiwangsa 4 kes dan Lembah Pantai 3 kes.

Apa yang mengejutkan, kelmarin (14 November) Kuala Lumpur hanya mencatatkan 17 kes baru, jadi kenaikan kes di Kuala Lumpur meningkat secara mendadak sebanyak lebih 400%.

Penyumbang kes terbanyak di Kuala Lumpur adalah merupakan dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang setakat ini telah pun merekodkan kes keseluruhan sebanyak 747 kes.

Kalau korang nak tahu, Kluster Tapak Bina Damanlela ini bermula pada 7 November lalu dan baru-baru ini angka kes positif telah meningkat secara mendadak.

Em271lSVoAImr5o

Manakala Selangor pula menjadi negeri ketiga mencatat kes tertinggi dengan 185 kes baharu dan kesemuanya merupakan jangkitan tempatan.

 

Baca: [TERKINI] Kes Di Lembah Klang Lagi Tinggi Dari Sabah! 1,304 Kes Positif Baru & 1 Kes Kematian Baru

noor hisham abdullah2 03072020 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.