in

“Memang selalu gaduh” – Budak 3 Tahun Hampir Mati Sebab Ibu Paksa Minum Racun Lepas Bergaduh Dengan Suami

Minum Racun

Kerana bergaduh dengan suami, seorang ibu didakwa tergamak memaksa anaknya melakukan sesuatu yang akhirnya menyebabkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan kritikal.

Menurut WOB, suaminya, Liu telah terima panggilan dari hospital pada jam 7 malam, 9 Januari lepas. Dia dimaklumkan bahawa isteri serta anaknya sedang kritikal dan dirawat di hospital kerana meminum racun bahaya yang boleh membawa maut.

Racun
sumber: wob

Dua beranak itu pada asalnya telah dihantar di hospital dekat Sichuan tetapi anaknya terpaksa dipindahkan ke Chengdu kerana masalah kekurangan peralatan perubatan. Ketika tiba dia hospital dekat Chengdu kira-kira jam 2 pagi, anaknya terus dibawa masuk ke wad ICU.

Menurut Liu, dia dapat tahu isterinya telah meminum racun toksik itu serta turut memaksa anak mereka minum sendiri! Ketika disoal pihak polis, Liu beritahu yang rumah tangganya memang bermasalah sejak mereka berkahwin 4 tahun lepas.

Budak1 1
gambar hiasan

Sebelum dia tidak tinggal sebumbung dengan isterinya selama 2 tahun kerana urusan kerja dan baru pulang ke pangkuan keluarga pada tahun lepas. Bukan setakat sering bergaduh tentang hubungan mereka tapi kata Liu, dia dan isteri juga selalu bergaduh kerana masalah kewangan.

Kata Liu lagi, isterinya asyik meminta duit dan pernah meminta cerai serta hak penjagaan terhadap anak mererak berusia 3 tahun. Liu mengaku telah berlaku pertengkaran antara mereka pada malam sebelum isterinya cuba membunuh diri.

Bagaimanapun, kakak iparnya tidak percaya bahawa adiknya tergamak meracun diri sendiri dan memaksa anak mereka buat benda yang sama.

Sejak anak saudara saya lahir, dia sentiasa bersama anaknya. Dia sangat sayang dengan anaknya dan anaknya juga sangat rapat dengannya.”

Hapy
gambar hiasan

Disebabkan itu, Liu telah dituduh oleh kakak iparnya memaksa isterinya minum racun toksik tersebut. Walau apapun, Liu berkata dia telah melawat anaknya di hospital sejak keadaannya semakin baik.

Menurut Liu, anaknya sendiri beritahu padanya yang isterinya sendiri telah paksa dia untuk minum racun itu. Katanya juga, nampak jelas anaknya turut didera kerana ada kesan lebam di seluruh badan serta kesan kuku di bahagian leher.

Baca: “Bodoh mak dia ni” – Budak 4 Tahun Terjatuh Dari Tingkat 14 Lepas Mak Ugut Nak Terjun Masa Gaduh Dengan Suami

Collage 5